Saturday, January 10, 2015

Pasca Banjir - Rumah Kampung Pak Yoep

Gambar hiasan - pak yoep tiada kamera/smart phone

Semalam. Kami 4 beradik balik kampung Lambor Kanan untuk membersihkan kawasan dalam/luar rumah bapa pak yoep. Yang terlibat Lati dan suami, Ola sekeluarga dan Alit. Pak yoep datang sorang aja bersama apak yang telah 4 hari bermalam di rumah pak yoep.

Keseluruhan kawasan dalam rumah dipenuhi lumpur. Banyak pakaian yang basah. Tikar getah tidak boleh digunakan lagi.

Tidak beberapa lama kerja-kerja pembersihan dilakukan oleh kami. Hadir sekumpulan pelajar IKM Manjung  datang menghulurkan bantuan untuk menolong kerja pembersihan. Hampi 10 orang juga. Tidak beberapa lama kemudian datang pula pasukan RELA yang terdiri daripada 7 orang hadir membantu. Kebetulan... hari ini adalah Program Gotong Royong Perdana peringkat negeri Perak membantu mangsa banjir. Mudahlah kerja kami. Tempoh masa pembersihan dapat dipercepatkan.

Makanan disediakan oleh Lati dan Ola. Sekadar nasi impit dan rendang. Tidak banyak kerana tidak menjangka akan ada orang lain membantu. Walaubagaimanapun cukup untuk alas perut semua yang terlibat. Ditambah dengan kueh-mueh dan kerepek.

Kerja-kerja pembersihan dalam rumah siap dalam jam 4.15 petang. Belum sempurna dikemaskan sepenuhnya.  kerja-kerja pembersihan seterusnya akan dilakukan pada minggu depan.

Bapa pak yoep ikut anaknya Lati balik ke Bagan Datok untuk bermalamdi sana. Rumah di kampung masih belum sesuai untuk didiami kerana kerja-kerja pembersihan belum selesai sepenuhnya.

No comments:

Post a Comment