Saturday, January 31, 2015

Emak ikut masuk kelas tuisyen


Semalam, pertama kali ajar anak dan emaknya sekali dalam sesi tuisyen hari ini. Tak pasti kenapa emaknya ikuti sesi pengajaran tuisyen. Pak yoep tiada masalah... ajar je macam biasa. Sekurangnya mereka tahu cara pak yoep ajar anak mereka.

Dah 2 bulan tuisyen pak yoep kendalikan beroperasi di Pusat Tuisyen setelah hampir 10 tahun dilaksanakan secara Home Tuition. Bergerak aktif mulai 2009 dalam memberi perkhidmatan home tuition di sekitar Ipoh meliputi Taman Meru, Jelapang, Ampang, Tasek, Tambun, Tamna Soon Chong, Menglembu dan Batu Gajah.

Matlamat pak yoep ialah nak beri peluang ramai menerima ilmu matematik daripada pak yoep. Selama ini hanya berkemampuan sahaja terima perkhidmatan pak yoep kerana kos tinggi untuk home tuition.

Walaupun pendapatan home tuition lebih tinggi jika dibandingkan pusat tuisyen, itu tak penting bagi pak yoep. Paling penting, ilmu matematik pak yoep dapat disebarkan lebih luas dan dapat dimanfaatkan oleh golongan kurang berkemampuan.

Peningkatan pelajar 400%....sejak mula dilaksanakan secara Pusat Tuisyen yang telah dimulakan pada  Disember 2014 dalam Program Cuti Sekolah Akhir Tahun 2014. Nampak banyak tapi jumlah sebenar yang terilibat ialah kecil sahaja. Maklumlah baru beri perkhidmatan. Ramai yang tidak tahu. Mungkin ada yang tahu tapi tak yakin...peningkatan pelajar tetap 400%.


No comments:

Post a Comment