Thursday, January 8, 2015

Klinik Math Pak Yoep 2015 - Fasa 4


Segala yang dirancang nampaknya berjalan dengan lancar. Peralihan daripada Home Tuisyen kepada Pusat Tuisyen. Setelah sekian lama beroperasi secara Home Tuisyen. Sedekad lamanya. Ramai pelajar pak yoep dah berjaya dan mempunyai kerjaya yang baik. Malah melebihi pak yoep sendiri.

Fasa 1 - Iklan Program Cuti Sekolah
Fasa 2 - Program Cuti Sekolah
Fasa 3 - Iklan Tuisyen 2015
Fasa 4 - Tuisyen 2015

Sambutan semasa Program Cuti Sekolah amat tidak memberangsangkan. Walaubagaimanapun program berjalan seperti biasa. Tuisyen dilaksanakan pada hari Isnin, Selasa dan Rabu disamping tuisyen persendirian di Taman Meru.

Sambutan untuk Tuisyen 2015, setakat ini dah dapat respon daripada ibubapa melibatkan 28 pelajar untuk pelbagai kategori...UPSR, PT3 dan SPM.

Kelas Tuisyen akan bermula pada 12 Jan 2015. Program Tuisyen Hujung Minggu turut disediakan. Fokus kepada pelajar-pelajar yang berada di asrama. Tiada yuran dikenakan untuk pelajar yang terlibat pada bulan Januari 2015.

Tuisyen Percuma untuk anak yatim di Gopeng masih belum mendapat kata putus daripada pihak pentadbir Rumah Anak Yatim Darul Hikmah.

Atas permintaan Private Tuition diteruskan. Salah-satunya akan dilaksanakan di dalam perkarangan sekolah SMA Izuddin Ipoh.

Harapan pak yoep yang utama adalah untuk sebarkan ilmu yang ada kepada pelajar-pelajar yang amat memerlukan. Kebanyakan mereka amat lemah dalam matematik termasuk matematik tambahan.

No comments:

Post a Comment