Sunday, January 18, 2015

Anugerah Juara Lagu 2015 - OKU dimartabatkan


Pak yoep tak tengok Anugerah Juara Lagu ke-29 (AJL) malam semalam. Kebiasaannya pak yoep luangkan masa juga menonton rancangan seumpama itu. Ada modal bila sembang2 dengan kengkawan atau anak murid kat sekolah. Tak tengok sebab ada sekumpulan penonton kat tepi pentas AJL terginjak-ginjak tak tentu hala. Tak suka sangat pak yoep tengok. Tak sesuai untuk tontonan anak-anak pak yoep. Lantas tukar cannel bagi laluan anak-anak tengok cerita karton astro 614.

Pagi ni, buka FB ada sesuatu yang menarik perhatian pak yoep terhadap apa yang berlaku dalam AJL tersebut. Persembahan oleh sekumpulan OKU yang membawakan lagu Romancinta telah dinobatkan sebagai Persembahan Terbaik AJL.

Bangga dengan pencapaian OKU ini. Bakal membuka mata ahli masyarakat terhadap kemampuan OKU dalam pelbagai bidang termasuk bidang nyanyian. Terima kasih kepada Endy Halim, KRU kerana memberi peluang kepada golongan OKU. Berani menampilkan OKU dalam karyanya.



Mojo membuat kejutan dengan menampilkan band OKU cacat penglihatan termasuk penyanyi daripada Caliph Buskers ketika persembahan Anugerah Juara Lagu ke-29 (AJL29) di Dewan Putra Bukit Jalil, malam ini. 



Berikut senarai pemenang bagi AJL29:-

Persembahan terbaik : Romancinta -Mojo-komposer dan lirik oleh Edry Abd Halim
Vokal Terbaik : Dayang Nurfaizah - Di Pintu Syurga - Komposer Tam Spider dan Lirik Iman Imran
Tempat ke-3 - Dayang Nurfaizah - Di Pintu Syurga - Komposer Tam Spider dan Lirik Iman Imran
Naib Juara - Masih Aku Cinta - Shila Amzah. Komposer dan Lirik Shila Amzah
Juara : Apa Khabar - Joe Flizzow dan Sonaone. Komposer Joe Flizzow dan Sonaone lirik Joe Flizzow



Tahniah caliph buskers memenangi persembahan terbaik anugerah juara lagu.

1 comment:

  1. Alhamdulillah, rezeki caliph buskers dan mojo...memang 'eye opener' untuk masyarakat umum tentang kebolehan golongan oku (penglihatan).

    dulu2, sy mmg peminat tegar juara lagu, tak pernah miss..setahun dua kebelakangan ni, dah hilang mood (faktor usia kot hehe)..cuma folo perkembangan dari fb, twitter dan instagram saja..

    ReplyDelete