Thursday, February 2, 2012

Jangan menghukum orang

Hasfizal Mukhtar

Lazimnya kita mahu semua org sekeliling memahami keadaan anak istimewa kita. Namun kita harus menerima realiti yang tidak semua memahami apa itu autisma. Malah masih ramai yang tak pernah dengar pun istilah autisma. Jadi kita harus bijak menangani situasi ini. Dalam kita mahu org memahami kita, kita juga perlu memahami org dan jgn mudah menghukum org 'tidak memahami' kita kerana kita juga mungkin tidak tahu apa autisma sekiranya kita tidak ada anak autisma.

Hasfizal Mukhtar Adakah adil jika kita mengharapkan anak kita cemerlang dalam akademik seperti mana kanak-kanak lain sedangkan kita sudah tahu anak autisma ada masalah pembelajaran? Mungkin kita adil dalam meletakkan 'expectation' kita.

Hasfizal Mukhtar Namun bukan bermakna kita abaikan pendidikan mereka kerana kekurangan dalam pembelajaran yang mereka ada. Malah kita harus lebih kuat berusaha untuk pendidkan mereka.

Hasfizal Mukhtar Tetapi kita kena bijak. Mendidik dan mengajar anak autisma tidak sama dengan kanak-kanak normal yang lain. Kita perlu salurkan anak autisma ini ke tempat yang betul. Tempat di mana tenaga pengajarnya mempunyai pengetahuan mengenai anak autisma.

Hasfizal Mukhtar Ya bukan mudah mencari tempat yang sesuai. Di tambah pula dengan kos yang tinggi, ia menjadi beban dan cabaran bagi ibubapa.

Hasfizal Mukhtar salah satu usaha, ibubapa sendiri perlu belajar apa itu autisma dan perlu belajar bagaimana cara menangani anak istimewa ini.

Hasfizal Mukhtar Kita juga perlu bijak menangani keadaan. Dengan pelbagai karenah anak istimewa ini, adakah kita nak simpan sahaja dirumah? Atau bawa sahaja ke mana kita pergi? Bagi saya, jawapannya ada di tengah-tengah. Lazimnya saya akan bawa keluar juga untuk exposure, tetapi dalam keadaan tertentu yang mana saya pasti dgn membawanya akan mendatangkan masalah, saya akan 'simpan' sahaj dirumah...

Hasfizal Mukhtar saya sebenarnya sedikit stress kat tempat kerja.. tulah pasal layan Fb ni ... tak sangka pula terbagi lecture tanpa undangan.... jgn mara ye.

Rujukan: Autisma.My

No comments:

Post a Comment