Thursday, December 8, 2011

Taklimat PRU13

Awal pagi telah bangun, walaupun semlm lewat tidur kerana melayan kerenah anak2. Alhamdulillah, Allah masih memberi kekuatan kepadaku untuk bangun awal pagi. kebiasaannya, aku akan kejutkan jam.. bukan jam yg mengejutkan aku. Sudah menjadi kelaziman sejak akhir2 ini. Bangun je tidor, terus on suiz komputer. Menghadap seketika komputer sambil up-date Kelab Anak Autisma dan blog2ku. Waktu siang, semua komputer adalah hak anak2. Cuma tinggal 2 je. Satu dah masuk 'kubur'. nak gunakan komputer waktu siang, kesian dgn anak2..terutama masa cuti ni. Komputer Faqihah, langsung tak boleh guna.. hak mutlak dia.

Selepas pengantaran anak2ku ke taska, dgn bersemangat aku memandu menuju ke bangunan SUK Perak. Seingatanku, kali ke-2 aku dtg ke situ. Kali pertama..bila dan dah lupa tujuanku. Ramai dah masuk dewan. Kebetulan, aku ditugaskan bersama-sama bekas cikgu Faqihah di SK Seri Kepayang, Pn Noorhashimah.. beliau menangis semasa aku mengambil Faqihah pada hari terakhir Faqihah berada di sana. Sebab Faqihah ditukarkan dr sekolah tsbt... nanti aku ceritakan pada suatu masa nanti. Satu kumpulan ada 5 orang. Berbual panjang jg dengan bekas guru Faqihah tu. Katanya, dia pernah lihat Faqihah dlm laman blog. Mungkin, blog ini kot.. Faqihah kini kelihatan dah bertambah tinggi semasa terserempak Faqihah di SK Seri Mutiara. malangnya, ketika itu Faqihah dah tidak mengenalinya lagi. Sedih juga.. murid dah tak kenal guru. Dimaafkan kerana anakku hanya kanak2 istimewa.

Peristima ke-2, berbual2 dgn kenalanku. Cikgu Puzi mengenaii si A, anak kepada rakanku. Dia ditinggalkan oleh ibubapanya bersama2 datuknya sedangkan dia ialah anak tunggal. Ibubapanya senang-lenang di KL tanpa perlu mendidik si A. Kesian si A.. Banyak kemudahan ditawarkan di KL untuk kanak2 tersebut jk ibubapanya mahu. Lupa plk, kanak2 tu dibwh kategori autisma + hiperaktif seperti Faqihah.

Ttg PRU13, taklimat yg diberikan tidak aku beri perhatian sewajarnya. Aku habiskan masa dgn membaca buku berkaitan motivasi tulisan Dr Tengku Asmadi.. ttg cara mendidik anak. Sambil2 baca sambil2 dengar. Semua penerangan ttg PRU13 ada dlm buku panduan yg diberikan. Tiada masalah jk tak beri perhatian. Aku dikira beruntung kerana dipilih sbb seramai 1750 orang memohon, cuma 870 orang diterima sebagai petugas PRU13. Nak timba pengalaman. Paling menarik adalah demontrasi PRU sebenar. Mudah difahami tugas2 petugas PRU. Aku dilantik sbg Kerani Pengundian sahaja.

Tamat jam 5 ptg. Balik dlm hujan yg lebat.

No comments:

Post a Comment