Sunday, January 17, 2016

Pengawas PPKI

Murid pendidikan khas juga dilatih untuk menjadi seorang pemimpin. selain daripada ketua kelas, mereka juga dilantik sebagai pengawas sekolah yang bertanggungjawab dengan kelas pendidikan khas.

A.         TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENGAWAS

1.         Mengawal disiplin pelajar.
2.         Mementingkan imej diri dan menunjukkan teladan yang baik kepada pelajar dan pengawas junior.
3.         Menjaga imej dan nama baik sekolah.
4.         Membantu guru, pembantu kepada para guru dari segi penyampaian arahan atau maklumat kepada rakan-rakan pelajar.
4.         Memastikan keceriaan sekolah dijaga.
5.         Mematuhi peraturan sekolah sambil menguatkuasakannya.
6.         Memimpin rakan-rakan pelajar.
7.         Mencegah kes jenayah di sekolah.
8.         Menghormati guru.
9.         Tidak memberat sebelah dalam tugas harian.
10.        Serius dan bersikap positif semasa menjalankan setiap tugas, sentiasa menjalankan tugas dengan penuh dedikasi.
11.        Mendisiplinkan diri sebelum mendisiplinkan pelajar lain.
12.        Memastikan diri sendiri mencapai prestasi yang cemerlang dalam bidang akademik, kokurikulum, sahsiah dan disiplin.
13.        Sentiasa peka terhadap apa yang berlaku dan memberikan cadangan dan pendapat kepada Lembaga Pengawas untuk memperbaiki keadaan.
14.        Mengenalpasti pelajar-pelajar yang bermasalah disiplin dan cuba sedaya upaya untuk mengubah sikap mereka.
15.        Mempengaruhi para pelajar untuk berdisiplin dan memberikan teguran kepada mereka yang bersalah.
16.        Menyimpan rekod atau maklumat pelajar yang bersalah sebagai panduan masa hadapan.
17.        Patuh kepada ketepatan masa. Para pengawas harus sampai ke tempat tugas lebih awal daripada masa yang ditetapkan.
18.        Memastikan para pelajar beratur semasa membeli makanan di kantin, pergi ke makmal sains atau bengkel dan di luar kelas sebelum nyanyian lagu Negaraku pada setiap pagi dan selepas waktu rehat

B.         BESAR TUGASPENGAWAS & KETUA KELAS

1.         Bertindak sebagai PENDEDAH
2.         Bertindak sebagai PEMBIMBING
3.         Bertindak sebagai BADAN PERUNDING
4.         Bertindak sebagai MOTIVATOR/PENDORONG
5.         Bertindak sebagai PERANCANG
6.         Bertindak sebagai ROLE MODEL

C.         Perincian Tugas KECIL Pengawas di sekolah

1. Pintu Pagar
2. Di Kantin
3. Perhimpunan Sekolah
4. Di kelas
5. Di Koperasi
6. Majlis Perasmian/Perayaan


D.         Prosedur Bertugas Di Pintu Pagar Sekolah

1.         Kawalan di Pintu Pagar sekolah secara berkumpulan sama ada di hadapan atau di belakang kawasan sekolah.
Masa
Dekati pelajar yang dikesan melakukan kesalahan secara berhemah
Panggil namanya
Tegur dengan cara yang baik
Tanya perkara yang menyebabkan pelajar lewat (Sekiranya lewat) Cth. Boleh awal sikit ke sekolah
Sekiranya baru kali pertama-nasihatkan sahaja
Sekiranya kesalahan yang berulang acapkali-catatkan dalam buku rekod kawalan

2.         Catat dalam Rekod kawalan berkaitan kesalahan pelajar berkaitan:
Kesalahan Lewat ke sekolah
Tidak memakai topi keledar
Seluar saiz tidak menepati ukuran
Tidak memakai lencana-perempuan
Tidak memakai tali leher
Rambut panjang
Tidak memakai stoking
Pastikan masuk ke kawasan sekolah dengan basikal yang dibawa dan disusun dengan teratur

3.         Prosedur Bertugas Di Kantin dan koperasi sekolah Sekolah
Kaunter membeli-pastikan pelajar beratur mengikut saluran tertentu
Meja makan lelaki /perempuan
Duduk bersopan, lepas makan minta masukkan dalam bekas yang disediakan
Dekati pelajar yang cenderung terlampau bising ketika makan
Perhatikan tingkah lakunya atau kelakuannya, sekali sekali senyum dan jeling
Tegur kesalahan secara berhemah
Sebut namanya sekiranya tahu atau panggilan bersopan
Beritahu secara baik
Sekiranya pelajar degil juga –perhatikan sahaja pada masa yang sama kesan namanya.
Catat dalam buku laporan

4.         Perincian Tugas Pengawas SekolahProsedur Bertugar Di Dewan/ Majlis Rasmi sekolah
Berada dalam kedudukan masing
Tidak berkumpul dalam kelompok pengawas sahaja
Dekati pelajar yang cenderung terlampau bising
Beri isyarat jangan bising
Perhatikan tingkah lakunya atau kelakuannya
Tegur kesalahan secara berhemah
Sebut namanya sekiranya tahu atau panggilan bersopan
Sekiranya pelajar degil juga-perhatikan sahaja pada masa yang sama kesan namanya.
Catat dalam buku laporan

No comments:

Post a Comment