Semakan Keputusan PMR 2013 - Online dan SMS
Keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR)
2013 akan diketahui tidak lama lagi.
Sudahkah anda bersedia?
Mampukah anda mendapatkan result yang
cemerlang?
Selain itu, merupakan tiket untuk kemasukan
ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP), MRSM atau Sekolah Menengah Teknik/ Vokasional
dan setaraf dengannya.
Berikut adalah tarikh dan cara semakan
keputusan PMR 2013.
Tarikh Rasmi Keputusan PMR 2013 diumumkan
pada 19 Disember 2013.
Kuala Lumpur. Keputusan peperiksaan
Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2013 akan diumumkan pada 19 Disember ini,
demikian menurut Kementerian Pendidikan.
Dalam satu kenyataan di sini hari ini,
kementerian itu memaklumkan calon boleh mendapatkan keputusan peperiksaan di
sekolah masing-masing selepas pukul 10 pagi, pada hari yang sama.
"Calon juga boleh menggunakan
perkhidmatan semakan keputusan PMR melalui mySMS 15888 yang diaktifkan mulai 10
pagi 19 Disember hingga 11.59 malam, 25 Disember," menurut kenyataan itu.
Seramai 462,940 calon menduduki peperiksaan
PMR di 3,530 pusat peperiksaan di seluruh negara tahun ini.
Sumber - Bernama
Cara Semakan Keputusan PMR 2012
- Melalui Online
Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS)
adalah perkhidmatan percuma oleh Kementerian Pelajaran Malaysia kepada ibu
bapa/penjaga untuk menyemak keputusan peperiksaan secara online.
Untuk membuat semakan secara online,
pelajar boleh menyemak keputusan PMR melalui Sistem Analisis Peperiksaan
Sekolah (SAPS):
Pergi ke laman web SAPS,
http://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/index.php
Klik butang Semakan Ibu Bapa yang berwarna
HIJAU.
Masukkan No Kad Pengenalan atau Sijil Surat
Beranak dan pilih sama ada Sekolah Rendah atau Sekolah Menengah dan seterusnya
klik butang Semak Laporan.
- Melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS)
Semakan SMS: Taip PMR [No KP]
[ANGKA GILIRAN] dan hantar ke 15888
Contoh: PMR 980310125879 AZ005Z055 hantar
ke 15888
Semoga anak-anak anda berjaya dengan
cemerlang.
No comments:
Post a Comment