Wednesday, September 21, 2016

Murid OKU dalam acara Tarik Tali


Alhamdulillah. Dalam mesyuarat Sukan hari ini, pak yoep berjaya dalam cadangan untuk mengintegrasikan murid pendidikan khas dalam acara sukan semasa Kejohanan Balapan dan Padang peringkat sekolah (Sukan Tahunan). Acara yang bakal disertai ialah Tarik Tali. Murid pendidikan khas akan diserapkan dalam rumah sukan untuk mewakili rumah sukan aliran perdana. Ini merupakan sekolah ke-3 yang pak yoep usahakan untuk melibatkan murid pendidikan dalam aktiiviti arus perdana. 

Memandang ada murid pendidikan khas berkebolehan. Cadangnya murid pendidikan khas sertai semua acara. Malangnya...line cuma 4 sahaja. Tak mahu menyusahkan sesiapa maka cadangan tidak diteruskan untuk tahun ini.

Sekolah ke-2, pak yoep cuma sempat serapkan murid pendidikan khas dalam aktiviti perkhemahan sahaja dalam setahun pak yoep berada di sana.

Dalam sekolah pertama, pak yoep berjaya mengwujudkan rumah sukan yang mewakili semua murid pendidikan khas pada tahun 2010. Mampu berjaya memunggut pingat emas. Menyertai acara 4x100m dan 4x400m termasuk acara Tarik Tali. Kemuncaknya, pada tahun 2014, rumah sukan pendidikan khas menjadi Johan Keseluruhan. Mengatasi rumah sukan yang diwakili murid aliran perdana (murid normal).

Jika diberi peluang, murid pendidikan khas mampu menjelmakan keajaipan. Komitmen semua guru pendidikan khas amat diperlukan untuk misi ini.

No comments:

Post a Comment