Thursday, December 8, 2011

Summer Camp Kem Anak Soleh 2011



















Keputusan Permohonan

"Pihak pengurusan Summer Camp anjuran CSQ Trainning & Consultancy pada 8 Nov 2011 jam 2.45 ptg dan jawapan kelulusan permohonan diterima jam 4.45 ptg melalui sms"

Tanda Penghargaan abah/ummi

Buat julungkalinya Kak Long berjaya menduduki TOP 10 dlm peperiksaan.

Hadiah sempena kejayaan kak Long dlm peperiksaan akhir tahun 2011 (4A1B - SK Convent). Selain drp Summer Camp, Kak Long menerima hadiah handphone dan pakej Program Motivasi Alihan Pelajar anjuran MAP (Dr Tengku Asmadi) pada 26 dan 27 November 2011.

SUMMERCAMP ANAK SOLEH 2011 Siri IV

Tarikh : 9-11 Disember 2011 (Jumaat-Ahad)
Tempat : Masjid Sultan Idris Shah Ke II, Ipoh, Perak (Masjid Negeri, Ipoh)
Yuran : RM150.00 (Merangkumi makan minum, bahan kursus, sijil, penginapan dan jurulatih)

Penyertaan terbuka untuk anak-anak berusia 9-17 tahun
Peserta bermalam di masjid
Daftarkan peserta pada 9 Dis 2011 (Jumaat) jam 8.00 pagi di Lobi Utama Masjid Negeri dan dijemput hadir ke Sesi Rumusan ( Majlis Penutup & ambil peserta) pada 11 Dis. 2011 (Ahad) jam 11.00 pagi.

OBJEKTIF PROGRAM

1. Memfokuskan kepada pembinaan watak seorang anak soleh dan pelajar cemerlang melalui modul kenali diri dan pembangunan potensi insan rabbani
2. Membina penghayatan dan pembudayaan ilmu melalui penekanan asas al quran, smart solat dan pengetahuan mengenai sirah & tauhid
3. Mempelajari teknik asas smart study untuk memperkemaskini persiapan menghadapi peperiksaaan 2012 serta mengisi masa cuti sekolah dengan berkesan
4. Menerapkan penghayatan Islam sebagai gaya hidup anak soleh, pelajar cemerlang insan rabbani

No comments:

Post a Comment