Friday, December 2, 2011

Pengakap OKU teruja

Oleh Siti Nadirah Hafidzin
am@hmetro.com.my
2/12/2011


JOHOR BAHRU: Seramai 171 pengakap terdiri daripada pelajar orang kurang upaya (OKU) kelainan Program Pendidikan Integrasi dan Sekolah Pendidikan Khas menyertai Program Agoonoree Malaysia yang diadakan buat julung kalinya di negara ini.

Ketua Unit Pendidikan Khas, Ab Rahman Hamdan, berkata daripada jumlah itu, seramai 29 membabitkan pengakap mempunyai masalah penglihatan dan 14 daripadanya mengalami masalah pendengaran, manakala selebihnya bermasalah dalam pembelajaran.


Menurutnya, program yang diadakan khusus kepada pengakap OKU itu bagi menyemai sifat berdikari dalam diri selain memupuk rasa tanggungjawab yang perlu ada dalam diri setiap individu.

“Selain itu, program empat hari bermula Khamis minggu lalu itu turut diselitkan program berunsurkan khidmat masyarakat yang dirasakan mampu dijadikan input berguna dalam kehidupan seharian mereka kelak,” katanya selepas katanya ketika Majlis Perasmian Program Agoonoree Malaysia di Pusat Kokurikulum Tasik Utara di sini, baru-baru ini Ab Rahman berkata, walaupun negara kita dilihat ketinggalan dalam usaha memartabatkan pengakap OKU berbanding negara Asia lain, ia belum terlambat.


“Program seperti ini diadakan hampir setiap tahun di negara lain, sedangkan kita baru pertama kali mengadakannya, tetapi saya yakin usaha ini akan diteruskan pada tahun akan datang.


“Mereka (pengakap OKU) perlu diberikan pendedahan secukupnya bagi membentuk jati diri kukuh walaupun mereka masing-masing mempunyai kekurangan,” katanya.

Sementara itu, seorang daripada pengakap OKU berkenaan, Nur Atiqa Hashim, 17, berkata dia teruja mengikuti program terbabit kerana merasakan ia adalah satu pengalaman berharga yang tidak pernah dirasainya selain dapat berjumpa dengan rakan OKU lain

No comments:

Post a Comment