Sunday, October 5, 2014

Teknik Modifikasi Tingkah Laku - Kontrak

Kontrak (Lisan dan Bertulis)
Kontrak ini boleh dibuat secara lisan dan bertulis. Ia merupakan satu pertujuan di antara guru dan murid setelah perbincangan dibuat berkaitan tingkah laku.  ini adalah satu perjanjian dibuat secara lisan atau menandatangani kontrak merupakan salah satu cara yang berkesan untuk memodifikasikan tingkah laku negatif kepada positif. Jadual 1 di bawah menunjukkan beberapa contoh pernyataan X, kemudian Y yang berlandaskan prinsip Premack “jika anda lakukan x, anda boleh lakukan atau peroleh y

Jadual 1: Pernyataan X, kemudian Y
X
Kemudian
Y
Duduk diam di tempat duduk.

Dapatkan masa rehat selama  minit.
Daftarkan secara sukarela menjadi ahli pasukan bola tampar di sekolah.

Dapatkan pengiktirafan guru besar
Menepati masa ke sekolah.

Murid yang pertama keluar semasa rehat.
Tidak membuat bising di dalam kelas.

Dapatkan sticker tambahan.
            Namun demikian, kontrak jenis pernyataan X, kemudian Y ini juga boleh dibuat secara lisan oleh guru apabila murid dapat melafazkan apa sahaja pernyataan yang terkandung seperti yang dinyatakan dalam Jadual 1.
Selain itu, guru boleh menggunakan kontrak secara bertulis untuk memodifikasikan tingah laku murid berkenaan. Dalam kontrak bertulis ini mesti ditandatangi oleh murid dengan guru dan mengandungi segala butiran seperti ganjaran atau hukuman, tempoh dan cara-cara penilaian. Selain itu, ibu bapa juga digalakkan turut terlibat dalam kontrak ini. Misalnya murid akan membuat kontrak formal dengan guru besar. Dengan ini, ia dapat menyakinkan murid berkenaan bahawa dia akan dikenakan tindakan yang berat sekiranya melakukan kesalahan sebagaimana perjanjian yang telah dibuat. Berikut merupakan contoh kontrak secara bertulis di antara guru dengan murid.


Contoh Kontrak Secara Bertulis


Tarikh: ____________
KONTRAK
Ini adalah satu perjanjian antara _________________ (Nama murid) dan _________________. (Nama guru) Kontrak ini bermula pada ____________ (tarikh) dan berakhir pada ____________. (tarikh) Ia akan disemak semula pada ____________. (tarikh)
            Syarat-syarat kontrak adalah seperti berikut:
Murid akan ___________________________________________________
_____________________________________________________________
Guru akan ____________________________________________________
_____________________________________________________________
            Sekiranya murid berjaya memenuhi syarat-syarat kontrak seperti disenaraikan di atas, dia akan menerima ganjaran yang dipersetujui. Akan tetapi, sekirannya dia gagal untuk berbuat demikian, ganjaran akan ditarik balik.

                                                                        Tandatangan murid : _______________
                                                             Tandatangan guru : _______________
                      Tandatangan murid : _______________


            Kelebihan dalam kontrak secara lisan dan bertulis ini adalah murid yang berkenaan akan memainkan peranan yang aktif dalam jenis dan kuantiti tugas yang perlu dilakukannya.  Dengan itu, murid berkenaan akan memupuk sikap yang bertanggungjawab ke atas tugasan yang dikehendakinya lakukan. Selain itu, data tersebut yang dikumpulkan oleh guru boleh digunakan untuk merancang program, hasil pembelajaran dan matlamat perkembangan yang selaras dengan murid berkenaan.

No comments:

Post a Comment