Tuesday, December 6, 2011

Bapa Mertuaku


Entah kenapa tergerak untukku paparkan wajah arwah bapa mertuaku di laman ini. Banyak kenangan aku bersamanya sepanjang aku mengenali isteriku. Orangnya garang tp dengan aku dia lembut. Malah pernah memegang belakangku yg ucapan yg tak dapat aku ingat kembali semasa aku menzirahi bakal isteriku ketika itu.Semasa pertunangan kami, dia melayan keluarga kami dgn baik sekali. Malang, sebelum perkahwinan kami, dia telah kembali ke rahmatullah. Tidak dapat mewalikan dan menyaksikan perkahwinan kami. Perkahwinan anak sulungnya. Sepanjang beliau sakit, kerap juga aku menjenguknya. Banyak kata2 nasihat yg beliau berikan. Al-Fatihah buat arwah, ayahanda tercinta..Abdul Hamid.

No comments:

Post a Comment