Lebih membanggakan, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Abdul Malek (SMKASAM) itu mencatat sejarah sebagai calon pendidikan khas pertama di negara ini berjaya mendapat semua A dalam sembilan mata pelajaran termasuk Bahasa Arab.
Selain itu, Muhammad Danial Zainuddin, 16, dari Kampung Durian Burung, di sini, juga berkongsi kegembiraan dengan adik perempuannya, Nurul Diana, 15, yang turut memperoleh keputusan sama dalam PMR.
Ibunya, Rozina Md Ikram, 47, berkata, pengorbanannya menjaga Muhammad Danial sehingga terpaksa berhenti kerja sebagai pengurus di sebuah syarikat swasta sembilan tahun lalu berbaloi apabila anak sulungnya itu berjaya memperoleh keputusan cemerlang dalam PMR.
“Saya cukup berpuas hati dengan kejayaan diperoleh Muhammad Danial dan adiknya, Nurul Diana. Terbayar segala penat lelah saya mendidiknya selama ini,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Pengumuman Keputusan PMR di SMKASAM, di sini, semalam.
No comments:
Post a Comment