Friday, March 2, 2012

Ujian Penilaian 1


Anakku Haziq Fikhri...

Alhamdulillah, Berkat usaha kami sekeluarga sepanjang 2011 dan awal 2012..keputusan peperiksaan penggal petama Haziq terdapat peningkatan ketara jika dibandingkan 2012. Sepanjang Jun-Nov 2011, kami menghantar Haziq tuisyen membaca sbb dia tidak tahu membaca di Taska Anak Cemerlang dibawah kendalian Cikgu Lily. Kealfaan kami memberi tumpuan kepada Faqihah (autisma) adiknya (Haziq) ketinggalan sehingga tidak tahu membaca. Kak Long tiada masalah akademik sejak kami mula hantar tuisyen pada 2011 di Pusat Tuisyen Naluri sehingg tersenarai TOP10 jika dibandingkan tahun sebelumnya tanpa tuisyen menduduki tempat ke-30 sahaja dalam kelas.

Pihak tadika pula sentiasa memberi keputusan cemerlang dlm setiap peperiksaan sehingga kami tak sangka Haziq ada masalah membaca. Bila Haziq ditempatkan di kelas hujung semasa pendaftaran tahun 1..baru kami syak sesuatu. Disahkan pula, ujian pertama Haziq dlm tahun 1..amat mengecewakan...boleh dibilang subjek yang lulus. Tak tahu baca, macamana nak jawab soalan. Keputusan peperiksaan pertengahan tahun 2011 juga teruk.

Mulai tahun 2012, Kami juga hantar Haziq tuisyen untuk semua subjek di Pusat Tuisyen Bertaraf Berjaya. Dia amat berminat untuk pergi tuisyen. Kami tiada masalah untuk menyuruhnya dia pergi tuisyen. Setakat ini, baru satu subjek diterima, keputusan tidak mengecewakan.

SAINS - 74% ....(2011 k1 45% k2 8%)
BAHASA MELAYU - 75% (2011 30%)
MATEMATIK 40% (2011 50%)
BAHASA INGGERIS 49% (2011 58%)
Bahasa Cina - 50% (2011 33%)
Pendidikan Islam
.... (2011 45%)

Masih menunggu keputusan yang lain2.

No comments:

Post a Comment