Sunday, March 18, 2012

Aktiviti Faqihah dan adik-beradiknya semasa cuti sekolah Mac 2012



Aktiviti Faqihah sepanjang cuti sekolah. Setiap hari mengadap komputer. Dari pagi sampai ke malam. Rasa-rasanya non-stop. Mujur boleh boleh 'parental control' yang di'setting' oleh komputer. Setiap 2 jam, komputer akan berhenti tapi Faqihah tak benarkan tutup suiz. Kadang berebut2 dengan abah. Dulu ada 3 komputer. Satu dah rosak. Satu ummi yang guna untuk kegunaan kerja-kerja yang terpaksa dibuat kat rumah.

Di antara tumpuan utama 'search' internet yang dilakukan oleh Faqihah ialah yang berkaitan dengan agama Islam. Semulajadi... Bila Faqihah melayan internet berkaitan dengan agama Islam pasti dia akan berpakaian menutup aurat (Lihat gambar di atas). Lain2 web termasuk kartun2 legenda seperti snow white, cinderella, pinochio... Boring2 dia main game SIM 3.

Bila kami gunakan komputer, Faqihah beralih arah menonton TV. Faqihah amat mengemari siaran Astro OASIS. Di antara rancangan yang digemarinya ialah TANAH KUBUR, dan INDAHNYA IMAN.

Kadang2 dia akan melukis menggunakan komputer dan kertas. Biasanya Faqihah lebih berminat melukis menggunakan komputer.

Esok..Faqihah dah nak ke sekolah semula. Tak sabar nak tengok keputusan Ujian 1 Faqihah.. dia menjawab soalan2 yang disediakan kepada pelajar aliran perdana (Kelas pelajar normal).

Di antara hasil seni Faqihah melukis menggunakan komputer


Fakhira (Kak Long)

- Sibuk dengan kerjarumah yang diberikan oleh guru2nya. Dalam kesibukan itu, dia tetap mengulangkaji pelajaran sebagai persiapan UPSR 2012. Tanpa disuruh, dia rajin mengulangkaji pelajaran. Jika subjek Math, Pak Yoep jadi sasaran untuk menyelesaikan soaan-soaan yang tidak difahaminya. Kerja2 kat rumah... malas sikit.

Haziq (Abang Cik)

- Sibuk nak ke rumah opah bila sampai jam 5 petang. Bukan ke rumah opah, sebaliknya berjumpa kawan2 untuk bermain. Pak Yoep jadi sasaran untuk hantar dan ambik.

Hadif

- Duduk kat taska sampai jam 5 ptg.

No comments:

Post a Comment