Sunday, March 11, 2012

GERAKAN BERSAMA KEBANGKITAN OKU 2012 (BANGKIT 2012)


JEMPUTAN MENJAYAKAN MAJLIS GERAKAN BERSAMA KEBANGKITAN OKU 2012 (BANGKIT 2012) DAN PENYERAHAN MEMORANDUM KEPADA SUHAKAM

BANGKIT 2012 adalah merupakan initiasif massa OKU yang digerakkan melalui Kumpulan Kerja OKU, Jawatankuasa Hak Asasi Manusia, Majlis Peguam. Inisiatif ini adalah terdiri daripada kalangan OKU sendiri dengan kerjasama golongan bukan OKU yang merentas pelbagai jenis kecacatan dan latar belakang, dalam usaha mengetengahkan isu-isu kepentingan dan hak-hak OKU kepada umum, terutamanya para pembuat dasar negara.

Sekretariat BANGKIT 2012 ingin menjemput tuan/ puan bagi menjayakan usaha ini. Di mana di akhir majlis ini, satu upacara penyerahan Memorandum BANGKIT 2012 kepada pihak SUHAKAM akan diadakan dengan kehadiran wakil dari pihak SUHAKAM sendiri. Maklumat berkaitan majlis BANGKIT 2012 adalah seperti berikut:

Tarikh : 17 Mac 2012
Masa : 2.00PM
Tempat : Auditorium, Majlis Peguam, Leboh Pasar, 50050 Kuala Lumpur

Sekretariat BANGKIT 2012 mengucapkan ribuan terima kasih di atas keprihatinan dan sokongan tuan/ puan di atas usaha ini.

Jawatankuasa Kumpulan Kerja OKU
Jawatankuasa Hak Asasi Manusia, Majlis Peguam

TENTAIF MAJLIS:

2.00 – 2.20PM; Kata aluan dari Pengerusi Kumpulan Kerja OKU – Jawatankuasa Hak Asasi Manusia, Majlis Peguam: En. Muhammad Fazial Che Yusof

2.25 – 2.45PM; Kata aluan dari Pengerusi Jawatankuasa Hak Asasi Manusia: En. Andrew Khoo

2.50 – 3.45PM; Ucapan dari wakil-wakil OKU merentas kecacatan: Wakil OKU Penglihatan; Wakil OKU Pendengaran; Wakil OKU Anggota; Wakil OKU Autism/ Masalah Pembelajaran; Wakil keluarga OKU/ ahli akademik

3.50 – 4.00PM; Penyerahan MEMORANDUM BANGKIT 2012 kepada SUHAKAM & bersurai

No comments:

Post a Comment