Friday, March 30, 2012

Kemangkatan Raja Kecil Sulong Perak, Raja Azhman Shah


TAKZIAH-{Al-Fatihah}

Takziah kepada keluarga Tuanku Sultan Perak , Sultan Azlan Shah di atas kemangkatan putera baginda Raja Kecil Sulong Perak, Raja Azhman Shah seawal pagi tadi. Semuga dicucuri rahmat dan keampunan. Al Fatihah

InsyaAllah Majlis Pemakaman akan diadakan Selepas Solat Asar Di Makam Diraja Al-Ghufran Bukit Chandan Kuala Kangsar.


Biodata

Yang amat mulia Sheikh Raja telah diputerakan pada 28 Disember, 1958 di Pulau Pinang. Beliau telah mendapat pendidikan awal di Sekolah St. John, Kuala Lumpur dan selepas itu melanjutkan pelajaran menengahnya di Leys School, Cambridge, London.

Apabila tamat pelajaran di peringkat menengah, Sheikh Raja melanjutkan pelajaranya dalam bidang jurusan ekonomi sehingga mendapat Ijazah Sarjana Muda di Universiti of Nottingham pada tahun 1981. Seterusnya beliau telah melanjutkan pengajiannya di dalam undang-undang dan telah mendapat Sarjana Undang-Undang dari Universiti Cambridge dan di Lincoln’s Inn, London.

Sewaktu beliau sedang menimba pengalaman sebagai chambering student dari tahun 1985 hingga 1986, beliau telah bertemu dengan Sheikh Nazim di London. Kandungan, kaedah dan penyampaian ilmu Islam daripada Sheikh Nazim telah menawan hati Sheikh Raja. Dengan hati yang terbuka dan minda yang cergas, beliau telah mengambil bai’ah daripada Sheikh Muhammad Nazim al-Haqqani.

Pada lewat tahun 80an, beliau telah dilantik oleh Sheikh Nazim untuk menjadi khalifah tariqat Naqshbandi al-Haqqani bagi seluruh kawasan Nusantara. Dengan kesabaran dan hikmah yang beliau warisi daripada Sheikh Nazim, Sheikh Raja sehingga sekarang telah berjaya membawa ramai anak-anak muda kembali kepada jalan Allah

By: Tj Ariff


Raja Ashman, anakanda Sultan Perak meninggal dunia


KUALA LUMPUR 30 Mac – Anakanda Sultan Perak, Datuk Seri Raja Ashman Sultan Azlan Shah, 54, meninggal dunia di kediamannya di Bukit Damansara, di sini awal pagi ini akibat serangan asma.

Almarhum yang meninggalkan seorang balu, Datin Seri Noraini Jane Tan Sri Kamarul Ariffin serta tiga anak menghembuskan nafas terakhirnya kira-kira 1.30 pagi.

Jenazah Almarhum akan dibawa ke Masjid Ubudiah, Bukit Chandan di Kuala Kangsar untuk disembahyangkan sebelum istiadat pemakaman berlangsung di Makam Diraja Kuala Kangsar yang terletak bersebelahan dengan masjid itu selepas Asar.

BERNAMA


Raja Ashman anakanda Sultan Perak mangkat akibat asma

Anakanda Sultan Perak, Datuk Seri Raja Ashman Shah ibni Sultan Azlan Shah, 54, mangkat di kediamannya di Kuala Lumpur awal hari ini
akibat serangan asma.

Setiausaha Sulit kepada Sultan Perak Kol Datuk Abdul Rahim Mohamad Nor ketika dihubungi Bernama berkata Raja Ashman menghembuskan nafas terakhir dikediamannya di Bukit Damansara pada 1.30 awal pagi tadi.

Beliau berkata jenazah Almarhum dibawa ke Masjid Ubudiah, Bukit Chandan di Kuala Kangsar, untuk disembahyangkan sebelum istiadat pemakaman berlangsung di Makam Diraja Kuala Kangsar yang terletak bersebelahan dengan masjid itu selepas selepas asar.

Raja Ashman dilantik menjadi Raja Kechil Sulong Perak pada 16 Mac 2010.

Semasa hayatnya, baginda merupakan seorang raja yang rendah diri dan berjiwa rakyat.

Dilahirkan pada 28 Disember 1958 di Pulau Pinang, baginda merupakan anakanda ketiga Sultan Perak Sultan Azlan Shah dan Raja Permaisuri Perak Tuanku Bainun, daripada lima adik-beradik iaitu Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah, Datuk Seri Raja Azureen, Datuk Seri Raja Eleena dan Datuk Seri Raja Yong Sofia.

Baginda berkahwin dengan Datin Seri Noraini Jane Kamarul Ariffin, 53, pada 26 September 1991 dan dikurniakan seorang putera Datuk Ahmad Nazim Azlan Shah, 20, serta dua puteri Raja Eminah Alliyah, 18, dan Raja Bainunisa Safia, 17.

Baginda yang berpendidikan tinggi memperolehi Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dari University of Nottingham, Britain pada tahun 1981 diikuti Diploma Pentadbiran Undang-undang Perniagaan University of London serta Sarjana Undang-undang dari Cambridge University pada tahun 1985.

Baginda dilantik sebagai Raja Kechil Bongsu Perak pada 11 Mei 1987 diikuti Raja Kechil Tengah Perak pada 10 Mac 1998 dan Raja Kechil Sulung Perak pada 16 Mac 2010.

Semasa hayat baginda, Almarhum aktif dalam sektor korporat dan memegang pelbagai jawatan penting dalam beberapa syarikat antaranya selaku Pengarah Bebas Bukan Eksekutif di KKB Engineering Bhd dan Kian Joo Can Factory Bhd.

Baginda juga pernah menjadi Pengarah Eksekutif Kanzen Berhad, Pengerusi Dwitasik Sdn Bhd dan Pengarah Sanyo Industries Malaysia.

Baginda yang juga penyokong setia pasukan hoki negara turut aktif dalam aktiviti sosial dan kebajikan terutama di bawah Yayasan Sultan Azlan Shah.

Baginda telah dianugerahkan Darjah Seri Paduka Cura Simanja Kini (SPCM) dari kerajaan negeri Perak pada 18 April 1988 yang membawa gelaran 'Datuk Seri'.

- Bernama


JENAZAH Raja Kecil Sulong Perak, Raja Ashman Shah Ibni Sultan Azlan Shah diusung keluar dari Istana Iskandariah dekat Kuala Kangsar untuk disembahyangkan di Masjid Ubudiah sebelum dimakamkan di Makam Diraja Kuala Kangsar.



Perginya seorang anak raja yang warak menemui Tuhannya pd malam jumaat lps..... mungkinkah ada pengganti?....Moga Allah cucuri rahmat atas rohnya...ameen



Our beloved Tuanku

ORANG - ORANG ALIM SERTA PARA2 ULAMAK ITU BOLEH DIIBARATKAN SEPERTI PASAK2 PADA SENDI2 BUMI - KEHILANGAN MEREKA INI AKAN MENGUNDANG KEPADA KETIDAKSEIMBANGAN BUMI BELUM LAGI DIKIRA KEROSAKAN2 LAIN DAN SUATU HARI NANTI KEHILANGAN MEREKA DARI MUKA BUMI INI AKAN MENJURUS KEPADA HARI KIAMAT DAN KESUDAHAN HAYAT BUMI INI....


اَلْفَاتِحَة


إِلَى كَافَّةِ عِبَادِ اللهِ الصّالِحِينَ وَالْوَالِدِيْنِ وَجَمِيْعِ الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ وَالْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ أَنْ اللهَ يَغْفِرُ لَهُمْ وَيَرْحَمُهُمْ وَيَنْفَعُنَا بَأَسْرَارِهِمْ


No comments:

Post a Comment