Tuesday, March 6, 2012

Al-Fatihah buat ibu mertua Dr Tengku Asmadi (Rawatan)

Selepas solat Maghrib ini saya akan ke Hospital Pantai, melakukan Rawatan Islam pada ibu mertua. Doktor yang merawatnya sudah menyerah kerana tidak tahu apa penyakitnya setelah bermacam-macam diagnosis dan antibiotik diberikan. Bagusnya mendapat doktor Islam sebab dia berterus terang. Mungkin sudah sampai masanya saya sendiri cuba membantu menggunakan kaedah Islam bagi melegakan sedikit masalahnya. Bukan tidak mahu menolong sebelum ini, cuma tidak pernah diminta tolong dan saya tidak mahu memandai-mandai. Saya mohon sahabat fb semua sedekahkan bacaan al-fatihah kepada ibu mertua saya bernama SITIAWA BINTI MAMAT. Bukan sekadar sebut al-fatihah tetapi betul-betul membaca keseluruhan surah. Terima kasih atas sumbangan al-fatihah itu dan saya doakan raka-rakan fb mendapat balasan dari Allah swt. Amin.


Dr Tengku Asmadi b. T. Mohamad

No comments:

Post a Comment