Sunday, May 5, 2013

Atasi anak autisma TIDAK boleh bertutur

Diantara masalah utama yang dihadapi oleh anak2 autisma ialah TIDAK BOLEH BERCAKAP. 

Kongsi pengalaman anda untuk mengatasi masalah ini selain Terapi Pertuturan (Speach Therapy) yang dianjurkan oleh hospital/klinik.

Komen Rakan2 KAA 

Intan Rayahin Hassan ya ank sy dh 4y tp masih lom bole brtutur prktaan brmkna. terapi 2bln skali n da jgk apply kt umah. tp bila dia tgk katon ke nyanyi abc@123 leh plak dia ikut

Islam Iman Ihsan Ank sya skrg 7 thn, masa rujuk pakar DR bgtzu, bahasa dia tk ssuai dgn umur dia, DR bg ank sya ikut terapi pckpn n intervensi scara bkumpuln..kesannya slow, sya bw ank sya berurut refleksi n msukkn skola harian biasa wlupunpd mulanya skola berat nak terima tp sya mrayu supya ank dberi pluang...niat sya supya dia bole bgaul...utk bljr, sya n suami yg ajar druma.. alhamdulila syukur, skrg ank sya da bole btutur wlupun ayat dia lbh kpd ayat penyata...

SitiLeman LemanSiti mula2 kami buat latihan PECS. dari situ dia terpaksa berckp. kemudian daripada ipad...app flashcards smua mengajar dia nama2 tempat, barang, etc. daripada movies jugak dia belajar skrg....dia copy ape cartoon2 tu ckp lepas tu dia gunakan dlm keadaan lebih kurang sama in real life.


Ana Alias Aziq umur 8 thn. Belajar di Sek13 Shah Alam kelas khas. Persekitaran dan cikgu menggunakan BM tapi di terapi hosp Aziq lebih suka English. Di rumah BM English ada. Aziq jadi confuse. TV cartoon network pun memainkan peranan. Watak yg berulang-ulang membuat Aziq terikut2. Byk jugak perkataan Aziq bole tutur mostly in English. Saya mengimpikan Aziq berckp spt kakak/abg dia. Walaupun kami berborak dan ajak dia join..masih jauh lagi utk bertutur.

Akrimi Tajudin My son 4yo pun x blh bertutur.br start speech terapy.hrp2 dia boleh ikut.nak sgt dgr dia panggil umi.

Sarini Ine Anak sulung saya 8 thn..kesekolah rajin.cuma x Boleh bg tumpuan masa cikgu mengajar..sebutan nya kdg2 jelas maksud..kdg2 x phm apa dia sebut..lg 1 cara bercakap laju..ABC n 123 boleh baca..cuma eja n menulis x boleh..seorg yg kidal..semua benda pegang sebe
lah kiri ..25hb5 ni ada buat temujanji dng pakar dr HUSM kubang kerian ..pihak sekolah syor kan supaya jumpa pakar..

Che Sue Blink Blink Sy guna iPad utk 2 org anak murid sy yg autis.hasilnya sgt menakjubkn.parents yg brkemampuan boleh beli iPad utk latih anak.kalau apple ada tap to talk, autismapp Dan byk game yg sesuai.

Animar Mastura Anak saya 6thn,skrg dah bole bcakap,dulu masa tak leh ckp saya kasi tgk kartun play house disney dari situ dia mula pandai bcakap.tapi kdg2 tu ada juga pekataan yg dia ckp kita tak faham dan kdg kita ckp pun dia tak faham.

Cik Sapiah Che Khalib Ada sape tahu x apa application dalam samsung tablet @ android yg bagus utk ajar anak2 autis bercakap? Please share ye kalo tahu. Your help is highly appreciated..
Irdina Maya Latihn pecs blh cerita pengalaman skit coz saya br mula kaedah nie dgn terapis di hosp ipoh dia cdgkan guna kaedah ni blom npk hasilnya lg sb br 1st time pergi ada 5 ssessi lg,bagus ker kaedah nie

Rozilah Man Bagi saya Speach terapi tak cukup untuk anak autisme. Ibu bapa harus banyak bercakap dengan anak2. Selain itu perlu didedahkan dengan bahan bacaan yang banyak suratkhabar pun bole. Rancangan di tv pun ok. Tp org disekelilingnye perlu prihatinla. Carila bahan yang berfaedah untuk diberikan pada mereka.

Sidah Salleh anak saya Haziq 5 thn, dah boleh cakap sikit2, mostly ayat yang diajar atau yang dia tengok di TV (esp Upin Ipin). Adik dia 4 tahun dan sangat petah bercakap. jadi saya selalu gunakan Adik utk galakkan Haziq bercakap dgn betul. kadang2 saya ambil video Adik bercakap dan tunjuk kat Haziq.

Siti Fardatuladha Abd Rahman adk sy 10 tahun,xble becakap n xble bejalan.xdhantar ke sekolah.tp setiap malam sebelum tdo,sy akan buka video lagu abc..pasang smpai tetido...sekarang ni,belm malam pn dia dah mengesot duduk sandar kat bilik sy..mintak pasang video la 2..menjerit seronok dia bila dpt tgk.. dia mash xdpt beckap tP harapan sy mash tinggi dan xkan berputus asa.

Aiman Irisha alhamdulillah anak sy Aiman 9 tahun boleh menyebut perkataan ringkas semasa umur 3 tahun lebih walaupn dia xphm ape maksudnye . speach therapy xbyk membantu sbb anak ssh nk komunikasi ngan org yg dia xbiasa . apa yg sy lakukan ialah byk bercakap terutama semasa bawa dia keluar ataui pd sesuatu yg bole tarik perhatian dia . byk berbual ngan dia & sentiasa menjadi pendengar yg setia . xketinggalan pengaruh tv juga membantu . skg dia boleh membaca , menulis dlm bm & english juga boleh mengira . syukur melihat perkembangan dia

Ja Hafiez ank sy 3 tahun x bleh ckp lg..tp skg dh 7 thun ckp pun tunggang terbalik dan bercampur aduk..kadang kala hanya bercakap dengan org tertentu sahaja.

Fiyah Batri anak saya 7 tahun..belum boleh bercakap lagi..walaupun dia buat latihan PECS, jumpa speech theraphy, intervensi, kelas pendidikan khas, guna ipad, borak ngan dier, tgk play house disney n many more..mungkin belum tiba masanya dia nak cakap.

No comments:

Post a Comment