Monday, March 26, 2012

JERI Quotient


UBAT YANG PALING MUJARAB MEMBENTUK ANAKKU FAQIHAH...Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelektual.


Pembelajaran bukan sekadar melibatkan organ telinga yang mendengar dan mata yang melihat. Tetapi semua organ juga terlibat termasuk hidung, mulut (lidah), bulu roma (kening) dan kulit. Keupayaan optimum organ-organ ini menentukan tahap penyerapan ilmu dan melancarkan proses pembelajaran. Colour Vibration Therapy melalui penyelidikan dan pengalaman yang luas dalam usaha mengoptimumkan proses pembelajaran telah menghasilkan formula khas untuk mengaktifkan deria-deria penting ini untuk membantu kekonduksian ilmu melalui kederiaan lebih tinggi. Formula ini berperanan untuk mencetus reaksi pengesanan positif ibubapa dan anak-anak.
Pengalaman yang memberikan kesan dan perkembangan ilmu ini adalah daripada kajian, teori, amalan dan penggunaan formula Emotional Quotient (EQ).

Bagaimana Ia Bertindak ?

Formula ini dihasilkan menurut keseimbangan tahap tenaga yang tersusun dan teratur secara peringkat umur. Bermula sejak lahirnya seseorang, program DNA akan mencerna kepelbagaian program hidup menurut sistem tertentu.

Usia pada peringkat kanak-kanak sepatutnya diisi dengan progam yang berupaya membina kekuatan berfikir secara kreatif di samping kecergasan fizikal. Setiap organ tubuh pula memiliki tenaga potensi tertentu untuk slaing merangsang keupayaan seluruh tubuh untuk menghasilkan tindakbalas positif atau negatif secara jasmani dan rohani.

Namun kebanyakkan kanak-kanak pada zaman ini telah terdedah kepada pelbagai risiko pengubahsuaian genetik yang mengakibatkan lemahnya daya berfikir dan fizikalnya sendiri yang turut lemah. Aspek pemakanan adalah faktor paling utama dalam masalah kesihatan dewasa ini.

Merangasang Rembesan Hormon Untuk Daya Berfikir

Hormon-hormon yang dirembeskan oleh otak adalah neurotransmeter yang menjadi pengutus yang bergerak dari satu-satu sel otak ke sel otak yang lain. Neurotransmeter adalah isyarat kimia yang digunakan oleh neuron-neuron otak untuk berkomunikasi antara satu sama lain yang akan membuatkan otak berfungsi. Neurotransmeter inilah sebenarnya yang membantu dalam menentukan bagaimana kita berperasaan, berfikir dan bertindak.

Rangsangan Gema di Otak

Formula ini menerbitkan rangasangan otak yang paling dasar iaitu nukleus sel melalui tenaga yang dinilai sebagai gelombang berfrekuensi rendah dan cetusan gema yang konsisten. Tenaga yang tidak dapat dikesan melalui pengukuran biasa tetapi ia wujud dalam bentuk kepercayaan, keheningan, kesabaran, keikhlasan dan keredhaan yang sangat berkuasa.

JERI Quotient menghantar isyarat spesifik kepada kawasan otak spesifik bagi menjana rangsangan organ berlainan.

Tahap umur yang dikemukakan adalah rujukan bagi tahap psikiologi. Pengguna pelbagai peringkat usia boleh mengambil formula ini yang akan bertindak menurut sistem tubuh secara semulajadi.

Gerakan Daya Minda


Bagi mereka yang telah melepasi umur 12 tahun, formula ini akan bertindak untuk ‘mengembalikan’ semula nilai karekteristik yang sebenarnya tersimpan di dalam setiap sel tubuh. Rangsangan demi rangsangan melalui pengambilan yang kerap dan konsisten memberikan daya yang seimbang untuk melakikan proses pengubahsuaian secara spiritual, emosi, minda malah hingga ke tahap fizikal.

Menjana Tenaga Berfikir Kreatif

Menggabungkan tahap tenaga paling dasar iaitu spirit, emosi dan minda secara relatif dengan tahap fizikal berasaskan prinsip keserentakan dalam menuju kehidupan yang sihat dan sejahtera. Membantu merangsang proses mengenalpasti kecenderungan dan kemahiran diri dalam membentuk pengkhususan bidang yang akan diceburi sebagai kerjaya yang harmoni. Tanpa sebarang komplikasi dan kesan sampingan. Tanpa peralatan perangsang otak seperti “Brain Pecemaker” dan sebagainya yang boleh memberikan banyak gangguan kepada isyarat asal tubuh.

Mencetus daya kepada akal untuk berfikir bermula daripada bayi / kanak-kanak
Merangsang perasaan “Suka dan Hendak” – “Semuanya Baik”
Merangsang rasa kepuasan sebagai satu keperluan otak
Mencetus rasa penghargaan dan hormat kepada diri sendiri
Menyerlahkan personaliti sebenar
Meningkatkan “Kesedaran Diri”
Menekankan prinsip berikut;

Melawan daya dorongan ke arah persepsi-tingkahlaku-amalan negatif.

Menggerak daya pacuan ke arah persepsi-tingkahlaku-amalan posotif.

Formula yang mencetus kehadiran tenaga dalam perangsangan yang diperlukan untuk menerbitkan tindakan / reaksi otak. Cetusan dapat diukur melalui kecepatan mesej / isyarat sehingga 0.5 milisaat untuk sampai ke otak melalui sistem deria dan litar neuro.

Memberikan isyarat positif kepada tubuh melalui otak
Menukar corak tenaga dan karektor menurut mesej yang dihantar
Mengawal keadaan kecenderungan negatif
Memperbaiki kepincangan tenaga
Mengubah secara kimia zat-zat makanan yang terpendam
Meningkatkan tindakan super sedar
Meningkatakan rangsangan otak
Memberikan rasa selesa dan tenang
Meningkatkan daya ketahanan fikiran dan tubuh dalam sebarang pengujaan

Kaedah Pengambilan

Pastian pengambilan yang berterusan dan konsisten selama sebulan. Pengawasan dan penumpuan ibubapa / waris diperlukan.

Kemam atau masukkan ke dalam suku cawan air sejuk untuk diminum.

2 biji formula, setiap 4 jam, 3 kali sehari.

Teruskan pengambilan JERI Quotient pada setiap bulan sehingga kesan paling maksima diperolehi

No comments:

Post a Comment