Saturday, March 31, 2012

Selamat jalan anak Raja yang warak dan tinggi pekertinya

Apabila menyebut kerabat diraja, ramai pihak yang mengaitkan mereka dengan kehidupan sosial yang melampau, maksiat dan sebagainya tetapi tak ramai yang sedar bahawa ramai juga dikalangan mereka yang mempunyai nilai keperibadian yang tinggi, warak dan baik budi pekerti

Antara yang sering menjadi bualan adalah Raja Ashman Shah, iaitu anakanda Tuanku Sultan Perak Sultan Azlan Muhibbudin Shah

Walaupun dilimpahi kemewahan dan berkelulusan dari universiti terkemuka di dunia, Universiti Cambridge, namun Raja Ashman seorang insan yang cukup merendah diri dan gemar melibatkan diri dalam kegiatan dakwah

Terkenal dengan imej rambut dan janggut yang panjang, Raja Ashman tidak pernah menjadikan status yang dimilikinya untuk bermegah dan mendabik dada, bahkan semua itu menjadikan beliau bertambah ‘rapat’ dengan Penciptanya

Sebab itu boleh dikatakan setiap malam Jumaat, banglonya di Bukit Damansara akan diserikan dengan alunan zikir beramai-ramai

Namun Allah lebih menyayanginya…tidak lama selepas selesai majlis berzikir di kediamannya itu malam tadi, Raja Ashman diserang asma dan meninggal dunia dalam usia 54 tahun

Allahyarham meninggalkan isteri Datin Seri Noraini Jane Kamarul Ariffin serta seorang putera Datuk Ahmad Nazim Azlan Shah serta dua puteri Raja Eminah Alliyah dan Raja Bainunisa Safia

Pada yang tak tahu, Raja Ashman dikenali sebagai penaung tariqat Naqshabandi yang amat dihormati di seluruh dunia

Sebab itu aku tak hairan bilamana berita kemangkatan Raja Ashman menarik perhatian pengikut-pengikut tariqat Naqshabandi seluruh dunia sejurus selepas blog peribadi pemimpin tariqat tersebut, Sheikh Hashim Kabbani menyiarkan berita tersebut

Menurut kenyataan di dalam blog berkenaan, Shaikh Hashim Kabbani merakamkan takziah atas pemergian Raja Ashman, dan meminta semua pengikut tariqat tersebut mengadakan bacaan tahlil, yassin dan solat jenazah ghaib buat Allahyarham

Selamat jalan buat insan yang sungguh aku kagumi…Almarhum Raja Ashman Shah Ibni Sultan Azlan Muhibbudin Shah

Al-Fatihah.

No comments:

Post a Comment