Friday, January 13, 2012

Saham ke Syurga

Darnalis A Rahman

A'kum semua,hari jumaat nie saya nk share sedikit kisah utk motivate mood kite hujung2 minggu nie. Saya nk cerita tentang "SAHAM SYURGA"

"Saham Syurga" ini Allah datangkan dlm pelbagai bentuk. Salah satu nya adalah dlm bentuk "Anak-Anak Syurga" ini. Mereka ini merupakan antara Saham yg Tertinggi nilai nya,ini kerana anak-anak ini merupakan sebaik-baik kejadian yg Allah ciptakan..

"Saham Syurga" ini sgt2 berharga..tidak semua manusia layak memiliki saham ini.Allah s.w.t telah memilih hamba2 tertentu yg memenuhi syarat2 yg ketat sahaja untuk menjadi Pemegang Saham Ini.

Antara syarat2 yg Allah tetapkan,seseorang itu perlulah seorang yg beriman dan bersabar dlm menghadapi dugaan yg akan Allah turunkan kepadanya ,dia juga perlulah redha,tabah dan amanah dlm menjaga Saham Syurga ini.Selain itu juga dia perlulah bijak utk melakukan pelaburan.

Pelaburan yg paling menguntungkan adalah pelaburan dalam akaun "Kesabaran" kerana "Akaun Sabar" ini merangkumi sebahagian daripada Keimanan.Tetapi jgn melabur di dalam akaun "kekecewaan" kerana akaun ini akan membawa kerugian yg besar kepada anda.

Hasil daripada pelaburan ini nanti,memungkinkan kita untuk memiliki sebuah rumah di Syurga,,Kesenangan dan kemewahan hidup di alam kekal itu nanti..

So kepada pemegang2 "Saham Syurga" yg terpilih..Ayuhlah kita melabur dgn bijak..pilihlan mana2 akaun pelaburan yg akan mendatangkan keuntungan yg lumayan kepada diri kita nanti.Dan setiasalah bertasbih dan bersyukur,kerana Allah telah memilih anda sebagai salah seorg pemegang saham ini..

Wasalam. :)

Rujukan: Darnalis A Rahman

No comments:

Post a Comment