Friday, January 6, 2012

Bengkel Memahami dan Menangani Tingkah Laku Anak

SINOPSIS

Pengurusan tingkah laku kanak-kanak ialah satu kemahiran yang tidak dipelajari di sekolah. Ibubapa lazimnya mempelajari cara menguruskan anak daripada pengalaman dan pemerhatian masing-masing. Biasanya pengalaman yang sedia ada cukup untuk menguruskan anak, tetapi adakalanya cara yang digunakan tidak memberi kesan.

Oleh itu, ibubapa selalunya menghadapi cabaran yang besar apabila tingkah laku anak-anak tidak dapat dikawal. Ramai ibubapa bergantung kepada cara-cara lazim walaupun sedar ianya tidak memberikan kesan seperti yang dikehendaki. Cabaran mengawal tingkah laku kanak-kanak menjadi lebih sukar sekiranya anak itu berkeperluan khas.

Seminar ini memberi sedikit sebanyak pengetahuan psikologi gunaan (applied psychology) kepada para ibubapa, penjaga serta guru supaya dapat mencari pendekatan alternatif untuk menguruskan tingkah laku kanak-kanak dengan lebih berkesan. Kaedah-kaedah ini dapat menolong ibubapa, penjaga serta guru untuk lebih memahami cara menganalisis tingkah laku dan mengaplikasikannya dalam amalan harian.

Dr. Alvin Ng Lai Oon, seorang pakar psikologi klinikal dan Profesor Madya dari Universiti Kebangsaan Malaysia, akan menunjukkan kaedah-kaedah psikologi gunaan dalam memahami serta mengurus tingkah laku harian kanak-kanak. Kaedah-kaedah yang akan dibincangkan melihat kepada punca, penyebab, pendorong dan pengekal tingkah laku dan cara-cara untuk mengurangkan, mengekalkan dan meningkatkan mana-mana tingkah laku yang perlu ditangani.

MAKLUMAT PENCERAMAH

Prof Madya Dr Alvin Ng Lai Oon merupakan Ketua Unit dalam bidang Psikologi Klinikal di Unit Psikologi Kesihatan Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu, Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau berkelulusan Doktor Psikologi dari Universiti Murdoch pada tahun 2002 selepas Ijazah Muda Psikologi dari tempat yang sama pada tahun 1998. Ijazah pertama beliau ialah Sarjana Muda Sastera dari Universiti Western Australia pada tahun 1997.

Kini beliau mengajar di Induk Penyelaras Program Psikologi Klinikal dari tahun 2003 hingga 2008. Beliau juga mengajar di Diploma Postgradute dalam Program Psikologi Kesihatan di Unit Psikologi Kesihatan dan beberapa kursus Ijazah Psikologi Abnormal dan topik pengurusan tingkah laku.

TARIKH: 7 Januari 2012

MASA: 9-11.30 Pagi

TEMPAT: CADS Centre

PENYERTAAN: RM50/orang, RM80-2 Orang.

ORANG UNTUK DIHUBUNGI: Pn. Fauziah Sirat – 013 013 388 2920

DAFTAR SEGERA TEMPAT TERHAD!

No comments:

Post a Comment