Saturday, January 21, 2012
Minggu penuh mencabar
Tanggal 16 -22/1/2012 merupakan minggu penuh dugaan buat kami sekeluarga. Hadif, Haziq dan Faqihah dijangkiti penyakit cirit-birit yang tidak diketahui puncanya kerana aku, ummi dan kak long tidak menghadapi masalah tersebut. Ianya bermula dengan Hadif. 17 jan 2012 (Selasa), isteriku terpaksa bercuti untuk menjaga Hadif. Rabu, isteriku terpaksa balik awal kerana pihak taska membuat penggilan memaklumkan tentang kesihatan Hadif yang masih cirit-birit. Isteriku berkerja semula, apabila aku kembali ke rumah. Aku menjaga ke-4 anak2ku sehingga jam 6 ptg. Rabu juga Faqihah dan mula cirit-birit. Kesesokan harinya dia tidak ke sekolah termasuk hari Jumaat. Khamis pulak, Haziq cirit-birit.. tak hadir ke sekolah hari jumaat. Manakala isteriku terpaksa cuti pada hari jumaat sebab 3 orang anak2ku tidak sihat. Kini, Hanya Haziq seorang yang masih belum pulih sepenuhnya. Manakala Hadif, selepas bebas dari cirit-birit, alergi pulak. Habis gatal2 seluruh badan. Dia memang sensitif, mudah menghadapi alergi yang sehingga kini tidak diketahui punca alerginya. Malam, memang kami berdua tak dapat tidur kerana melayan anak2 yang dalam kesakitan. Dua kali kami pergi ke klinik berlainan untuk mendapatkan rawatan. Cubaan...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment