Friday, January 20, 2012

Faqihah sakit

Pada 19 dan 20 Jan 2012, Faqihah tidak hadir ke sekolah kerana dia sakit perut disamping cirit-birit. Terlantar di rumah tanpa melakukan apa2. Punca penyakit tidak diketahui kerana ahli keluarga yang lain tidak menghadapi masalah tersebut. Kebiasaannya, jika Faqihah jatuh sakit, suasana rumah akan menjadi sunyi. Tiada jeritan kakak dan adik2nya di atas tingkah-laku Faqihah yang tidak digemari oleh mereka. Jika dia ingin membuang air besar (cirit), dia akan pergi sendiri tanpa perlu meminta pertolongan kami. Hakta, tengah malam...dilakukan sendiri.

Gurunya amat perihatin, menghubungi kami bertanyakan mengapa Faqihah tidak hadir. Mungkin, mereka juga merasa sunyi tanpa kehadiran Faqihah. kesibukan berkerja membuatkan kami terlupa untuk memaklumkan perkara tersebut. Pada 19 Jan 2012, umminya time-off sebelah pagi untuk menjaga Faqihah sementara aku balik ke rumah. Manakala 20 Jan 2012, umminya terpaksa bercuti untuk menjaga Faqihah. Siapakah yang mampu menjaga Faqihah...

Kini 20 Jan 2012 jam 2030, Faqihah dah kembali cergas. Rutin hariannya menghadap komputer diteruskan. Rumah kembali riuh...ceria kembali.

Itulah realiti yang terpaksa kami hadapi untuk Faqihah.

No comments:

Post a Comment