AJK Laman Web Pendidikan Khas Larut Matang & Selama)
Tanggal 19 Mac 2007, hari Isnin Jam 7.40 pagi……
Di Sek. Keb. Bukit Jana,
Hadir seorang insan kerdil mencuba nasib
Di gelanggang ilmu setelah 20 tahun tertidur
Lalu bangkit kembali mengisi ruang yang diberi……
Untuk menyambung cita-cita
Diri, murid dan jua teman….
Jika ada kudrat dan akal ku cuba gagahi
Walau sekian lama ku tidak berpuisi rasa hati
Mungkin kali terakhir adalah titipan surat cinta
Biarlah terdetik meluahkan rasa syukur,
Terima kasih dan terhutang sangat pada negara….
Pensyarah yang budiman
Yang pengasih jua penghibur lara
Tiada nilai untuk ku berikan buat kalian,
Yang cepat mesra, prihatin dan budiman
Ku rasa ini sukar dirasai di dunia sekolah
Tempat mencari sesuap nasi yang rata-rata wajah berkerut
Cerita sedih, keluh rasa marah, kesal dan kecewa dengan gelagat murid
Kerja-kerja yang tak pernah kurang
Tapi tiada terima kasih apalagi penghargaan,
Biarlah…..
Tetap jua ku terima kerana mereka tidak matang psikologi,
Berfikir, etika, organisasi dan kesempurnaan diri…
Masih perlu diperbaiki…
Buat semua pensyarah,
Terima kasih dan pohon maaf tidak sempat ku betanya banyak perkara,
Tidak tahu soalan apa,
Pesan mereka jangan jemu dengan ilmu walau anda lanjut usia,
Pesan mereka jangan pukul insan istemewa kerana mereka kamu senang dapat pahala
Ikhlas hati sentiasa di jiwa
Akan ku ingat sampai bila-bila
Mereka sumber inspirasi, idola semua…
Buat semua muridku,
Walaupun kamu INSAN ISTEMEWA
Namun aku tidak pernah geli, jijik memandangmu
Akanku belai dan didikmu dengan penuh kasih sayang
Inilah sumpah keramatku,
Aku tidak akan leka demi mendidikmu…
Buat semua teman guruku SKBJ yang banyak membimbingku,
Yang lambat mengerti jika tidak diulang berkali-kali,
Kita sama menempuhi dunia pendidikan istemewa disini
Kita sama menyelami, mendaki Banjaran Bintang
Menyusur tebing Bukit Jana
Singgah di Kamunting
Susuri Taman Tasik
Rehat di Bandar warisan
Bersarapan nasi lemak sambil memandang keindahan Bukit Maxwell
Carilah, terokailah selagi daya alam, perasaan, ketuhanan, kemanusiaan
Hingga suatu hari boleh diceritakan,
Dulu moyang pernah bersampan sendirian
Mengutip ketam, kerang
Lalu dikumpul dalam bakul impian
Buat cicit semua semoga mengerti……
Coretan terakhir ini
Khas buat anak muridku Shahrul Imran Bin Saiful Nor
Yang dijemput ilahi pada………….Tatkala aku sedang sibuk berjuang
Untuk menjadi seorang pendidik…
Penulis:
Zaiton Bt. Hassan
No comments:
Post a Comment