Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, keputusan itu dibuat dalam Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi OKU Selasa lalu yang membolehkan golongan itu selepas ini layak menerima segala keistimewaan yang disediakan untuk OKU di bawah JKM sekiranya mereka berdaftar,” katanya pada majlis sambutan ulang tahun ke-60 penubuhan Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia (MAB) dan Hari Terbuka MAB di Kompleks MAB di sini semalam.
Selain itu, dalam usaha mempertingkat kebajikan dan hak golongan OKU, semua pihak berkuasa tempatan (PBT) seluruh negara diarah menubuhkan unit audit akses yang akan berfungsi menyelia serta meneliti kemudahan OKU di kawasan pentadbiran masing-masing.
Beliau berkata, kerajaan mahu keputusan itu diambil segera memandangkan keadaan kemudahan OKU masih berada pada tahap tidak memuaskan.
“Dengan adanya unit itu, isu kemudahan OKU akan dapat diselesaikan daripada akar umbi dan diselia daripada peringkat awal lagi dari semasa ke semasa,” katanya.
Katanya, perkara itu akan dirunding bersama setiap PBT dalam masa terdekat bagi mencapai persefahaman berkaitan hal berkenaan.
Dalam masa sama, setiap PBT juga diwajibkan melantik sekurang-kurangnya seorang ahli majlis daripada golongan OKU di bawah Jabatan Perancang dan Pembangunan bagi mewakili suara golongan itu bagi meningkatkan serta memperbaiki infrastruktur OKU. Sementara itu, Presiden MAB, Datuk Dr Abdullah Malim Baginda, berkata pihaknya menyambut baik keputusan KPWKM yang sentiasa prihatin akan nasib OKU.
Katanya, melalui kaedah itu, kemudahan prasarana OKU akan dapat dipertingkat dan pergerakan mereka terutama di bandar akan lebih selamat.
Menurut Abdullah, selain itu, MAB turut mengambil inisiatif dalam membela golongan OKU penglihatan.
“MAB kini dalam peringkat perbincangan untuk memperbaharui latihan OKU termasuk membuka kedai yang akan menjual pelbagai jenis alat bantuan penglihatan,” katanya.
No comments:
Post a Comment