Saturday, January 21, 2012

Luahan hati graduan OKU

KUANTAN: “Jangan pandang kecacatan saya, tetapi nilai kejayaan dan kemahiran yang dimiliki kerana itu lebih bermakna bagi golongan kurang upaya (OKU) seperti saya.

“Mengapa ada di kalangan majikan yang masih mementingkan kesempurnaan fizikal daripada kepakaran dan kepandaian yang ada pada OKU sehingga sanggup menafikan OKU seperti saya menonjolkan bakat yang ada,” luah penerima Hadiah Yayasan Pahang, Sayed Muzammil Sayed Mohamad, 23.


Sayed Muzammil mengalami kecacatan pada mata sebelah kanan sejak lahir dan menghadapi masalah pertuturan melahirkan rasa kecewa kerana belum menerima tawaran kerja walaupun sudah lima jalani temu duga di beberapa syarikat di Kuala Terengganu selepas tamat pengajian Mei lalu Anak kedua daripada empat beradik berkata, diploma digenggam tidak mempunyai makna jika majikan masih mempunyai persepsi negatif terhadap OKU.

“Saya harap majikan hari ini lebih peka dan prihatin terhadap OKU dengan memberi peluang bekerja kerana setiap individu mempunyai keistimewaan,” katanya yang juga penerima Sijil Anugerah Dekan selama enam semester berturut-turut dan Anugerah Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM).


Sayed Muzammil antara 667 graduan yang menerima ijazah dan diploma daripada Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob.

No comments:

Post a Comment