Sebelum sesi persekolahan bermula telah pergi shopping bersama-sama ummi dan kakak berserta adik-adiknya membeli keperluan sekolah. Tiada masalah semasa membuat pembelian. Semua keperluan mengikut citarasanya. Hari-hari menghitung hari untuk ke sekolah. Bukan menghitung hari sahaja malah membuat persiapan sendiri pakaian untuk kegunaan keesokan harinya. Manakala, kakak dan adiknya buat tak kisah pun.
Tahun 2012 ini, kami membelikan Faqihah uniform lengkap. Tidak seperti sebelum ini, dia hanya memakai t'shirt yang disediakan (beli) oleh pihak sekolah yang berwarna merah. Uniform lengkap tersebut akan dipakai pada hari selasa dan Jumaat sahaja. Isnin ada perhimpunan, jadi kena seragam murid-murid pendidikan khas. Rabu kena pakai baju kokurikulum. Gembira sangat dia apabila memakai uniform sekolah seperti kakaknya. Hari berikutnya, dia tak mahu pakai baju merah. Masih mahu pakai uniform sekolah. Bila dipujuk-pujuk, dia akur memakai baju merah pendidikan khas.
Alhamdulillah, Faqihah telah memahami. Tidak seperti sebelum ini, meronta-ronta tak mampu dipujuk sekiranya kehendaknya tidak dipenuhi. Aku sekeluarga amat gembita dengan banyak perubahan yang berlaku terhadap Faqihah kini.
No comments:
Post a Comment