Monday, December 5, 2011

Sembuh Attitude

Setelah pesakit mengikut terapi dengan Attitude Therapy, dia merasakan perlunya memiliki sikap yang betul untuk memandu kehidupannya. Dia mula sedar dari mana punca kesembuhannya. Mata hati Rohaninya dapat melihat penyakit datang dari sikap buruk melampau tanpa kembali kepada penyerahan dan keredhaan pada qada dan qadar Tuhan.

Nikmat kesembuhan rohani dan jasmani tidak dapat bertahan dengan memakai pakaian sikap yang lama dan enggan berubah.

Hikmah Penyakit ialah pembinaan antibodi untuk bertempur dengan antigen yang sentiasa menyerang dari berbagai sudut. Kekuatan antibodi adalah keperkasaan melawan penyakit. Sikap positif adalah latihan untuk mempertahankan antibodi yang telah terbentuk. Ia harus dibina, dijaga, dibaja supaya lebih kukuh.

Latihan melahirkan kesempurnaan. Sebab itulah badan yang sihat dapat melahirkan sikap yang sihat kerana latihannya ssentiasa berjalan dan berfungsi.

Rujukan: Dr Aishah ARidza

No comments:

Post a Comment