Friday, December 2, 2011

Perpisahan - Brighter Future, jasamu dikenang.



Interaksi dilaman Facebook

Ummi Hani wajah terbaru wanie

Nor Fatimah comey


Ummi Hani
Apa pendapat adik tentang faqihah dan teacher ruby..

Ummi Hani kehilangan ... dan rindu...

Nor Fatimah myb teacher ruby 2 sejiwa dgn faqihah,sbab 2 rse mcm 2 sume..

Nor Fatimah kena slalu bg die jmpe ngn teacher die 2 la,spya die x khilangan smngat2 yg pnh diberi

Ummi Hani kasih sayang itulah segalanya.. sayangi seseorang.. kita akan disayangi..
walaupun kita sayang seorang budak kecik yg tidak tahu apa2...

Nor Fatimah btul 2...x slah kte syg insan lain..

Ummi Hani itu lah yg kak ta fikirkan buat masa yg terdekat nie...

Nor Fatimah teacher 2 da rse qihah mcm ank die la 2...

Ummi Hani semoga dia tak akan melupakan cikgunya..walaupun sudah berumur 20 thn..

Nor Fatimah i'allah...bkn sng nk lupe dkat org yg sntiase igtkan kite..mudah2an qiha pon cm 2

Ummi Hani kak ta dengan cikgunya menangis dan berpelukan tadi... berat untuk mengatakan tak hantar dah ke sana thn dpn... hanya air mata mengatakan segalanya..


Nor Fatimah
xpela,mcm mna pon,qiha p'lukan prubhan n mase

Ulasan:

2/12/2011 ummi telah berjumpa teacher Ruby untuk urusan saman DBI. Kisah yg dinyatakan di atas adalah saat2 pertemuan terakhir dgn beliau kerana kami tidak akan menghantar Faqihah ke sana mulai 2012. Keputusan diambil kerana Faqihah dah besar sebaliknya tempat tsbt mengendalikan kanak2 maksimum sehingga 8 thn shj. kami tempatkan Faqihah di sana atas budibicara Teacher Ruby sahaja. Lagipun tiada tempat untuk kami letakkan Faqihah semasa kami berkerja @ ada urusan. Mulai tahun depan, masalah tersebut telah dapat di atasi kerana Kak Long bersekolah di sesi pagi. Jadi tiada masalah tinggalkan Faqihah.

Jutaan terima kasih kami sekeluarga ucapkan kepada Teacher Ruby di atas segala didikan yg telah diberikan selama hampir 6 tahun. Begitu banyak perubahan yg telah berlaku ke atas Faqihah sedangkan banyak taska ketika itu tidak menerima Faqihah. Jasamu akan kami kenang selama2nya. Disempatan lain, kami akan sentiasa mengunjungi Teacher Ruby agar hubungan anda dgn Faqihah tidak akan terputus. Dapat aku rasakan hubungan Teacher Ruby dan Faqihah umpama ibu dan anak.

Teacher Ruby diperkenalkan oleh Wad Pediatrik. lokasi awal di Kampung Simee, kemudian berpindah ke Bercham dan kini, di Taman Perpaduan, Tambun, Ipoh.

Brighter Future
(Kindergarden for Children with special needs)
Together in God we trust for a Brighter Future
2, Laluan pakatan Jaya 3,
Taman Pakatan Jaya Ipoh
32250 Ipoh
Perak

Coretan Ibu Faqihah...isteriku yg telah banyak melakukan pengorbanan untuk Faqihah dan kami sekeluarga.

Ummi Hani
somoga teacher ruby akan ingat faqihah selamanya.. tadi teacher ruby berkata " doakan dia sihat dan panjang umur supaya dapat lihat fagihah apabila mencapai umur 20 tahun lagi... ya allah ... hanya engkau yg maha mengatahui...


Ummi Hani
teacher ruby yakin dengan kelebihan yg ada pada faqihah.. Dia percaya anak murid dia akan memberi kejutan dengan kelebihan yg ada padanya... insyaallah...


Ummi Hani
Teacher Ruby adalah hadiah paling bermakna untuk aku dan anakku .. terima kasih tuhanku kerana temukan aku dengannya.. jasamu amat bermakna untukku..banyak kenangan suka , duka antara aku dengannya.. aku akan sentiasa mengingatinya...

No comments:

Post a Comment