Friday, December 2, 2011

OKU perlu daftar untuk dptkan bantuan

KUALA LUMPUR - Golongan orang kurang upaya (OKU) perlu berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk menikmati kemudahan bantuan dan insentif kesihatan serta perubatan yang disediakan kerajaan, kata Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.

Beliau dimaklumkan hanya 234,000 OKU yang berdaftar dengan JKM berbanding statistik agensi itu yang menganggarkan terdapat 1.3 juta OKU di negara ini.

“Kementerian kita mempunyai pelbagai insentif untuk golongan ini sama ada dari segi kebajikan untuk diberikan kepada golongan ini tetapi jika mereka sendiri tidak tampil ke hadapan amat sukar untuk kita tahu berapa bilangan sebenar mereka dan berapa banyak keperluan yang perlu diagihkan,” katanya kepada media selepas merasmikan pameran 'Our Special Ones' di sini, semalam.

Rosnah berkata, antara insentif untuk golongan OKU itu ialah mereka dikecualikan daripada dikenakan caj di hospital kerajaan, bayaran untuk pakar dan kemasukan percuma ke wad kelas tiga. - Bernama

No comments:

Post a Comment