Monday, December 5, 2011

Mengenali Kanak2 Autisma 2














Kebanyakan kanak -kanak autistik menunjukkan ciri -ciri perkembangan bahasa dan sosial yang terbantut sebelum menjangkau usia tiga tahun. Dalam satu kajian , didapati hampir 30 peratus kanak -kanak autistik mempunyai tahap intelek yang normal. Ibu bapa kanak -kanak yang terlibat sering mengadu bahawa sejak peringkat bayi lagi , anak mereka tidak suka didukung atau dibelai dan gemar dibiarkan bersendirian. Bayi yang berusia tiga bulan biasanya sudah mula mesra dengan ibunya tetapi ini jarang -jarang dirasai atau dinikmati oleh ibu -ibu yang mempunyai anak -anak autistik. Bayi -bayi dari usia sembilan bulan keatas sudah gemar mengikut -ikut perkataan yang dilafazkan oleh ibu mereka tetapi kanak -kanak autistik jarang berbuat demikian. Ada sekumpulan kanak -kanak autistik yang didapati normal perkembangan mereka tetapi mula menunjukkan ciri -ciri autistik menjelang usia tiga tahun. Mereka dikatakan sudah boleh bercakap seperti kanak -kanak lain tetapi kebolehan ini kemudian hilang sama sekali.

No comments:

Post a Comment