Friday, December 20, 2013

Hak Istimewa Orang Melayu



Nak maklumkan pada anak bangsaku yang makin terlupa dan leka. Moga dengan catatan ini akan menyedarkan kalian bahawa kita mempunyai hak di Malaysia ini. Walaupun ada hak, kamu hendaklah bersaing dengan bangsa-bangsa lain.

HAK-HAK ISTIMEWA ORANG MELAYU

Setiap orang di Tanah Melayu mempunyai hak-hak dan kewajipan yang sama, namun, rakyat yang berketurunan Melayu mempunyai hak yang istimewa berbanding bangsa lain di Tanah Melayu. Hak-hak istimewa orang Melayu ini bukan merupakan peraturan baru, malahan hak-hak ini telah tercatat dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948, dan perjanjian-perjanjian ini telah pun diamalkan di negeri-negeri Melayu yang tidak bersekutu sebelum perang lagi.

Merujuk kepada perjanjian lama, hak-hak orang Melayu adalah seperti berikut:

Tanah untuk Orang Melayu
Hak untuk orang Melayu mendapat tanah dengan kebenaran oleh Kerajaan Negeri (kerana pembukaan tanah adalah dibawah kawal-selia Kerajaan Negeri). Kerajaan Negeri boleh membuka tanah khas untuk Melayu tanpa sebarang syarat.

Jawatan dalam Kerajaan
Jawatan-jawatan kanan dalam Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu, mestilah diperuntukkan pada nisbah yang tertentu untuk orang Melayu dan orang bukan Melayu.

Peruntukan biasiswa
Peruntukan biasiswa atau bantuan yang lebih banyak untuk kepada penuntut-penuntut Melayu daripada penuntut-penuntut bukan Melayu.

Bantuan Ekonomi
Peraturan hendaklah dibuat untuk membolehkan orang Melayu mendapat lesen-lesen atau kebenaran-kebenaran tertentu bagi membolehkan mereka menjalankan aktiviti perusahaan dan aktiviti-aktiviti ekonomi lain.

Hak-hak istimewa orang Melayu adalah di bawah perlindungan Yang di-Pertuan Agung. Segala perubahan baharu berkenaan dengan hak-hak istimewa orang Melayu adalah berdasarkan persetujuan Raja-raja Melayu. Hak-hak istimewa orang Melayu di negeri-negeri Melayu adalah terjamin selain daripada hak-hak istimewa orang Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan


........
BUKAN NAK BERBANGGA CUMA TAKUT TERLUPA......

1 comment:

  1. Apa gunanya hak2 ni kalau orang Melayu lupa diri.Tak nak memajukan diri langsung.Dah diberi keistimewaan tak mahu berusaha langsung.

    ReplyDelete