Friday, December 2, 2011

English magic KEMBALI!


Lihatlah rumahku, angkara Faqihah, TV dan Kabinet.


Contoh Set English Magic yg kami beli...sebhg shj yg kami beli.

Membeli kembali Children Programmer English Magic di Tesco Station 18. Dah lama mencari, kini baru jumpa dgn harga RM 69.90 seunit. Kami membeli 2 set, Part 1 dan Part 2. Tujuan adalah untuk memberi pendedahan English kepada Haziq dan Hadif. Kak long dan Faqihah dah mahir English sebab semasa kecil..baby..kami dah dedahkan kepada mereka dgn English Magic. Terutama Faqihah, autisma, peringkat awal tidak boleh bercakap. Apabila dah mula bercakap pada umur 6 tahun, amat mahir berbahasa English..slang Amerika pulak tu. Bahasa Melayu langsung tak pandai. Hinggakan kami sekeluarga terpaksa bercakap dengannya dlm Bahasa Inggeris. Jika tidak, dia buat 'dek' aja. Diharapkan CD ini akan membantu kedua-dua adiknya supaya mahir dlm Bahasa Inggeris seperti kakak2nya.

LAPORAN:

Hari Pertama: Kurang respon drp Hadif sbb dia mmg tak minat tgk TV. Sebaliknya Faqihah plk yang beria2 nak tengok. Dah tutup, suruh buka balik.

Hari ke-2: Dah mula tarik perhatian Hadif. Dah mula menyanyi bersama2 seiring dgn TV. Part 1. CD 1 - 3 shj dulu.

Abah terpaksa control remote.. Jk tak, belum habis, asyik tukar2 CD.

No comments:

Post a Comment