Sunday, December 4, 2011

Catatan seorang ayah

Muhammad Syakib Arsalan (gambar kanan) hanya seorang kanak-kanak dalam Darjah 6 yang menderita sakit mascular distrophy.

Doktor pakar HKL memberitahu nama penuh penyakit tersebut ialah Congenital Fibertype Dispropotion Off Myopathy.

Oleh kerana kecacatan fizikalnya, dia tidak mampu untuk mengikuti kelas tuisyen sebagaimana rakan-rakannya yang lain, selain daripada apa yang hanya diikutinya dalam kelas biasa.

Di sekolah juga dia tidak berupaya untuk aktif kerana mudah jatuh jika terlanggar oleh pelajar lain.

Barangkali keputusan UPSR hari ini memberikan sedikit hiburan kepadanya apabila diumumkan mendapat 4 A 1 B.

Tahniah abah ucapkan, hanya kita yang memahami kegembiraan sesama kita. Abah tidak punyai apa untuk diberikan melainkan berkongsi kegembiraan yang tidak difahami oleh orang lain ini…

No comments:

Post a Comment