Monday, May 7, 2012

Telinga Faqihah


Kini terdapat SATU lagi perubahan sikap terbaru Faqihah. Dia membenarkan ummi mencuci telinganya setelah hampir  5 tahun telinga Faqihah tidak dicuci. Hanya menggunakan ubat sahaja bagi melembutkan tahi telinganya atas nasihat doktor.

Ini disebabkan Faqihah tidak membenarkan  kami mencuci telinganya. Dia akan lari bila dipanggil untuk dicuci. Jika dilakukan dengan cara kekerasan akan mendatangkan kemudaratan kepada telinganya pula.

Dia begitu trauma dengan telinganya kerana terdapat beberapa peristiwa yang menyebabkan perkara tersebut berlaku. Beberapa kali, telinganya telah dimasuki benda asing yang  dilakukannya sendiri. sehingga memaksa kami membawanya ke wad kecemasan hospital Ipoh.

Proses mengeluarkannya menyebabkan dia amat takut telinganya diusik. Ketika itu,  5 petugas hospital terpaksa memegangnya. Dia akan menyerit sekuat hati sehingga kedengaran 'seluruh' hospital. Sejak peristiwa tersebut, Faqihah telah tidak membenarkan kami menyentuh telinganya. Amat takut bila kami mengeluarkan putik kapas.

Kami amat gembira dengan perubahan ini supaya telinganya dapat dibersihkan setiap masa.

No comments:

Post a Comment