Friday, May 4, 2012

Alfatihah buat JAI... pemuda Autisma

Dari ALLAH kita datang...kpdNYA kita kembali....
my son..Jainow Allahyarham 05-04-86...kembali kerahmatullah pd 30 April2012...Allahyarham berumur 26 thn....bersama Allahyarham Alzayyani Jai,....goodbye..dear..alfatihah...

Coretan dari adik (Pakcupet Kajang ), 
Pergi Tak Kembali  ALZAYANI ALZAHRI, Insan Teristimewa
Pagi semalam jam 6 pagi, 30 April, telah kembalinya ke Rahmatullah, Insan Teristimewa Keluarga Pakcu... Alzayani. Allahyarham seorang Autism dan berumur 26 tahun. Kepada Jai, Pakcu terkilan kerana tidak dapat menatap wajah Jai di hari-hari terakhir, tapi Pakcu nak Jai tahu, walaupun Jai dan Pakcu kadang-kadang bergaduh, dalam hati Pakcu tiada sekelumit pun rasa benci pada Jai. Pakcu sangat-sangat menyayangi Jai k. Jadi Pakcu doakan Jai tenang-tenang di sana k. Kalau Jai rasa panas, mandilah puas-puas di tepi sungai tu k yang berdekatan dengan rumah baru Jai. Pakcu harap Jai dapat lah tarik semua mereka yang kenal dengan Jai ke syurga, dengan berkat Jai sebagai Ahli Syurga.. Alfatihah Jai... dan semoga kita semua kan berjumpa di sana...

No comments:

Post a Comment