Wahai Sahabat,
Di hujung minggu yang penuh bermakna dan berkualiti ini.
Mari kita sama2 lakukan sesuatu yang dapat menitiskan air mata
kegembiraan dan kesyukuran pada
orang yang paling penting di di
dunia ini selain dari suami isteri dan anak2 kita. Kerana tanpa mereka.
Tidak wujud kita ke dunia ini. 'Ibu Bapa' adalah VVIP Kita
Hari ini, kita akan pulang ke pangkuan mereka, memeluk. Mencium dan
menatap wajah yang semakin di mamah usia. Mencari sekelumit rasa,
hasrat, yang ingin disampaikan. Dicurahkan pada anaknya, sementara
nafasnya masih ada.
Dengarlah. Dengari lah. Sementara ada kesempatan. Pasti. Itulah hadiah yang paling indah buatnya !
Hari ini kita akan bertanya pada ibu kita. Bapa kita. Orang yang mendidik kita, menjadikan kita 'Manusia'
Apakah 3 perkara yang boleh menggembirakan dia yang boleh kita lakukan?
Apakah 3 perkara yang selama ini amat menyentuh hatinya. Terbuku di hatinya, yang sekali diluahkan! Dengarkan !
Hari ini kita akan mendengar dengan penuh kasih sayang. Rasa
tanggungjawab sebagai seorang anak! Pasti air mata kesyukuran akan
mengalir dari sepasang mata yang semakin layu, kelam dan berkedut .
Wahai sahabat. Buat Panggilan. Utus lah surat. Tuliskan nota. SMS. MMS.
Apa jua cara, sementara masih ada kesempatan. Mungkin ini peluang
terakhir bagimu…kali terakhir buatnya!
Ucapkan Terima Kasih .
Kasih dan Doa ibu membawa ke Syurga.
Selamat Mengingati Hari Ibu !
No comments:
Post a Comment