Tuesday, May 29, 2012

Anak Autisma BERGADUH


HAIKAL BERGADUH.....jumaat lepas pihak sekolah mengadakan majlis kedua sempena hari guru.wktu phimpunan smua murid diarah duduk tp haikal baring.so mmg mncacatkan pandangan matalah...guru bsr minta salah sorang murid thn 2 arahkan haikal duduk spt yg lain.stlh bkali2 diarahkan haikal mula xpuas ati.dia mmberontak n menumbuk murid tahun 2 tu...subhanallah sy sedih..sian budak 2...bile haikal xdpt mgawal emosi guru bsr memekik agar haikal bhenti...sy xsalahkan cikgu 4 mndisiplinkan haikal tp mcm Pak yeop cakaplah...ank2 autisme ada mood n sukar dijangka...ni kali ptama haikal bgaduh....MASALAH yg ingin sy kongsi sy sgt berasa kesal...ape lah salahnyer haikal diberi kelonggaran...mereka mmg tidak boleh dipaksa.klu rasa semak mata bw haikal ke bilik menunggu(haikal kata dia boring)..dan yg paling sy kesal cikgu xtau mengendali knk2 istimewa....haikal satu2 nyer murid istimewa so susah sgt ker nk btolak ansur ngn dia...klu nk tegur bkn soh murid sb dia mgkin xder respect...So pe pndpt kkwn perlu ke sy jmp guru bsr lg...sy dh naik segan coz benda yg sama sy nk kena bincang..... (
Salmi Mat Razi)

Apakah pendapat anda?

Bee Aziz kat sekolah tu ank puan duk kat kelas normal ke kelas pendidikan khas?kalau kat sekolah sy,kalau dh nmpak pljr x selesa,pembantu murid or cikgu akan bawa masuk ke kelas je n tunggu dia di situ

Haidatul Azila Johar Maaf bertanya...Haikal duduk di kelas arus perdana @ kelas pend. Khas?

Nurasma Nawawi Dia bwh pend khas ke @ aliran perdana?

Wannur Syafiqah Binti Yahya wan amat bersetuju dengan pak yeop kerana anak wan juga pernah diperlakukan perkara yang sama, mereka memandang anak-anak autisma sebagai seorang yang pelik dan bermasalah ,tidak pernah langsung memandang positif terhadap anak-anak yang sgt istimewa.Kanak-kanak perlu dilayan secara lembut dan penuh kasih sayang,tambahan lagi kanak-kanak istimewa .

Pok Rol mula2, bersangka baik dengan tuhan. semua perkara ada hikmah. doa mohon diberi jalan terbaik. cadangan saya mungkin patut jumpa ibu bapa mangsa ditumbuk dan terangkan hal sebenar. pastu, guru besar pun kena difaham kan lagi.... segan tolak tepi. lain2 tawakkal...

Hasratang Sumsudin Semua dasarnya pada hati.. jika hati terbuka.. Maka hati akan redha.. Tp bila hati x sejiwa.. Maka ini la jdinya.

Puspa Khairi sepatutnya guru besar tersebut mengarahkan seorg guru lain utk memujuk haikal atau mengajak haikal ke bilik guru atau kelas dgn cara baik tapi tegas spt "Haikal, mari ikut cikgu sekejap..", bukan mengarah seorg pelajar lain utk mengarah haikal apatah lagi dgn nada yang marah atau tengking..kerana kanak2 autisme ni juga mempunyai perasaan malu, malah perasaannya boleh jadi lebih daripada kanak2 yg biasa.. sbb itu haikal bertindak diluar kawalan, kerana perasaan malunya ditegur oleh rakan dihadapan rakan2 yg lain.. sekadar berkongsi pendapat dgn Puan Salmi...

Siti Salamah Mohd Yusof GB tu patut menambahkan ilmu pengetahuan tentang anak2 khas sbb clientnya ada yg anak khas. kejahilannya itulah yg menyebabkan anak autisme tu melanggar disiplin. mmg kerap terjadi, akibat guru yg ignorant mencambahkan pergeseran antara guru-murid dlm BD. ego guru sgt besar mahu dia dihormati murid tetapi pada masa yg sama guru tersebut tidak mahu menghormati hak murid. Harap2 GB tersebut dpt muhasabah diri dan tingkatkan ilmu

Annisa Nur Dari pembacaan saya mcm sklh tiada aloran khas ;"haikal satu2 nyer murid istimewa". So mmg guru2 biasa kurg pengetahuan nak tangani anak2 istimewa ni.So x blh nak salahkan mereka juga..kita sbgai ibu bapa perlu tahu di mana nak letakkan anak kita supaya anak kita x menyusahkan org lain atau myusahkan diri dia sdri.Masalah masyarakat kita ni adalah malu nak hantar anak ke sklh khas.Saya pernah chat dgn srg ni.Kakaknya doktor dan punya anak autisme.Kakaknya taknak anak lelakinya ada kad OKU dan masuk sklh khas.So anak dia belajar di Sri Garden dan ambil segala mcm speech theraphy dan segala therapy swasta punya.So jika ada aliran sklh khas di sklh tersebut, pihak guru dan pembantu khas mmg dah tahu bagaimana nak tangani anak2 begini.Mmmg mereka akan bawa ke kelas atau mana2 saja asal tidak mganggu majlis.Janganlah kita pertikaikan tjawab mereka dan guru2 biasa mmg x tahu nak tangani.Sbb pembantu mahupun guru2 khas mmg ada latihan utk mereka.Mcm kita jika tiada anak2 autisme, pernah tak kita terfikir dan reserach berkenaan anak2 autisme ni, apakah tindak balas mereka yg mungkin diluar kawalan..saya rasa kita punx tahu nak buata apa..samalah juga guru2 sklh biasa ni mereka mmg x blh nak handle sbb pgtahuan mereka -0 ttg masalh2 kanak2 istimewa.Sekadar pendapat.

Salmi Mat Razi tq atas pendapat semua.haikal dok aliran perdana....haikal mmg dpt surat doktor utk masukan dia ke aliran perdana.bkn atas permintaan kami...mmg sjk thn 1 lg...kami hantar dia ke pendidikan khas tp melihat pencapaian akedemik haikal n dia cool so phk sekolah xde mslh bg dia ke aliran perdana.mmg ader segelintir guru mcm xpuas ati...sb adakala haikal xikut arahan spt tido dlm kelas n xnk bt keje sek..bile sy suarak' mslh pd doktor,doktor minta nama guru yg xpuas ati 2 so sy xnk panjangkan citer sb takut haikal di boikot..cikgu pn org gak..mcm2 peel...sbnrnyer kami baru pindah ke KL thn lps so maknenyer haikal start thn lps bljr di sek ni..sy dh bincang ngn guru2 yg mgajar haikal n minta guru kelas dia citer pada yg lain tp fhm2 ajelah..knk2 istimewa mungkin org pndg sblh mata lg2 mrk xrasa pe yg kita rasa...tp sy akui bbrp org guru sygk' haikal tmsuk pnolong knn.tp skrg ni xmustahil guru2 yg xselesa mula buka mata minta haikal dikeluark' dr sek tsbut...tp 2 kata hati sy lah....Tp pn anissa Nur soal akhlak n budi ni atas diri kita...xkira siapa kita mesti kita boleh fikir 4 tangani knk2 mcm haikal.lain lah haikal baran @ hyper...

Salmi Mat Razi sy ni dh xtau pe yg sy fikir...sbnrnyer pn anissa betul,guru2 di sek haikal pngetahuan mrk 0 klu bdpn knk2 mcm haikal sb bkn aliran mrk...mgkin buka sek ni sy perlu jmp GB lg n minta jmp murid yg haikal tumbuk 2...sian dia...pelah mak dia fikir sb klu kita pn sure bengkek...tq smua

Annisa Nur anak saya pun dia aliran perdana tapi inklusif.Baru2 ni guru Pkhas minta markah math utk ujian Mac, saya kata kertas pun x dapat.So cuba minta dr guru berkenaan tapi sampai skrg tak dpt markah tu.x tahu kenapa atau apa yg dia buat dgn kertas anak saya.Rekod pun xder.Kdg2 rasa x puas hati tapi nak buat camna..selagi benda ni x kena pada btg hidung mereka sdri, mereka mmg x pandang sblh mata pun.Anak saya kira takder masalah mengamuk semua cuma dia lambat myalin saja..tpaksa masuk ke sklh khas sbb lambat bercakap.Atas sbb result yg bagus, jadi anak saya skip kelas tahun 2 dan skrg sudah di thn 4.Sepatunya tahun 5.Even ada saranan guru utk lompatkan dia ke tahun 5 tapi saya dan suami x nak bebankan anak.Cukuplah dia dgn apa yg ada..sbb subjek makin lama makin susah.Kami x nak dia tension.Pada permulaan pihak hospital pun x benarkan anak saya masuk Sklh khas, tapi kami pikirkan yg terbaik utk dia sbb di sklh aliran perdana murid2 terlalu ramai dan kami takut anak kami x upaya nak bergaul pada masa tu.

Annisa Nur saya selalu buat lawatan ke sklh anak saya dan berjumpa personally dgn guru2 subjek yg penting dan bh tahu mereka apa masalah anak saya mcm lambat salin dan suka khayal.Saya peringat cikgu2 supaya sentiasa tegur anak saya suruh salin kalau tak dia mmg akan ketinggalan...alhamdulillah nampak perubahan dan kawan2 turut mmbantu(walaupun ada yg mmbantu sambil jadi hantu juga) ha3..

Salmi Mat Razi yeker...sy stuju 100% pndpt pn anissa tp mcm pn Bee Aziz katakan...mereka nmpk haikal xselesa nape xbawa ke bilik rehat @ ke kelas..dh tntu pkara ni xjadi..sy mngaku segan sb takut cikgu2 yg sy jmp 2 xselesa n rimas tp klu gini nmpknye sy mesti kikis rasa segan n xselesa utk slalu btanye khbr haikal di sek...mgkin betul cikgu2 ni kena selalu di ingatkan.sy pn sama ngn pn anissa..xharap lebih pd haikal..soal bljr so far memuaskan.haikal xder mslh wlu pncapian dia menurun sb smakin susah tp bile dia di aliran perdana mslh sosial n komunikasi dia smakin bagus.dh byk ckp n pandai bgaul wlu on of...mmg byk mmbantu...

Salmi Mat Razi bbincang psl haikal sy msih risau respon GB n guru2 yg lain...sy ni penyedih ssgt.klu cikgu2 bcerita psl kelebihan haikal pn boleh bt sy bgenang air mata sb hepi...ni plak nk terima kritikan mampu ke sy bendung air mata ni...sy sgt lemah klu mlibatkan ank2....pkara utama spt sblm ni,sy nk phk guru beri kelonggaran pd haikal n klu ingin menegur haikal bkn hrp pd murid lain...cikgu sendiri perlu btindak...sy tringat jumaat hari kejadian...haikal blk dlm wjh yg sedih n belum sempat buka kasut dia buka mulut..."sy bgaduh di sekolah.cikgu Hamid n cikgu syukri sgt garang.i hate them...i quit..sy xnk sekolah lg!" jenuh gak nk tau kisah sbnr pe yg blaku.tau jelah susah haikal nk bcerita.stlh dh fhm cite haikal baru sy cll spupu haikal yg bljr 1 sek ngn haikal n tnyata benar dia bgaduh n punca pgaduhan 2...kecut perut dibuatnyer...haikal...haikal...

Wan Azlina Wan Othman Bg sy sbg guru, sy xkan inklusifkan dulu murid sy sekiranya masih blum dpt kawal emosi

Salmi Mat Razi sblm ni haikal xpernah bt hal..doktor mahukan haikal masuk kelas perdana pn atas sb mahu mrangsang dia dlm komunikasi n bsosial...mmg mmbantu.malah stiap kali ada pjmpaan ngan doktor pn doktor akan tanye pkembangan haikal terutama di sek...klu takat buli 2 mmg ader tp haikal xpernah melawan.klu dia xpuas ati pn nangis...kira mcm knk2 yg lain gak...kanak2 autisme ni sukar diramal

Yuspiza Tajudin pada pendapat sya memang kene jumpe guru besar.kesian haikal.dia pun x suka dgn situasi masa tu.kenapa x cikgu aje yg pujuk haikal.ni suruh budak.

Mohdrizal Zal Buat masa skrg tak semua cikgu ada pengalaman control bdk istimewa mcm anak kita jd saya cadang cikgu diwajib menjalan kursus bgmana untk control mrk.

Mohd Najib Abd Hamid kna jmma;lkmh;ldfh;fda,h'

Mohd Najib Abd Hamid pada pendapat saya kena jumpa dgn guru besar sekolah tersebut... jika setelah dimaklumkan masih juga tak faham... dan pihak sekolah masih tak boleh memberi keistimewaan kepada kanak2 Istimewa seperti ini... puan/tuan kena pindahkan anak puan kesekolah lain... kadang2 guru besar dan guru2 nie bukannya tak tau... mereka taknak amik tau... yang tau pun buat2 tak tau...mereka ambil mudah hal2 begini. mereka akan amik tau kalau anak sendiri ada masalah seperti kita nie... saya simpatii...

Rosnaini Othman Salam, Puan Salmi Mat Razi, pada pendapat saya, tidak salah puan menempatkan anak puan di kelas PPKI, sebab guru2nya berpengetahuan dlm menangani anak2 istimewa. Malah, mrk akan diajar dlm kumpulan yg kecil dan guru akan ajar ikut tahap kebolehan anak puan.Doktor buat cadangan berasaskan teori sahaja, mereka bukan pelaksana program pendidikan. Dalam soal pendidikan anak2 istimewa pihak PPKI lebih arif. Tempatkanlah anak kita di kelas yang bersesuaian. Mrk masih bersosial dan berkomunikasi di kelas PPKI sebab ada pelbagai kategori anak2 di sana. terangkan pada guru apa yg anak puan sudah boleh capai, bincangkan hala tuju pendidikan anak puan dgn gurunya masa buat RPI. Insya allah, anak puan akan berjaya. Saya seorang guru yang ada anak istimewa...

Rosnaini Othman Sseperti kes anak Pn Annisa, anak buat boleh di inklusifkan ke kelas perdana bagi subjek yg dia boleh ikut dengan baik. Namun, apa2 berkaitan anak termasuklah test papernya masih di bawah seliaan guru kelas PPKInya, bukan cikgu yg mengajar tu sbb dia ni ditumpangkan saja ke kelas tu.

Nor Silawati bawa bersabar kpd puan,saya kira klau ada cikgu yg memahami pkara ni takan timbul,anak saya setiap kali perhimpunan tak pernah dia berbaris ngan kengkawan dia,kat kerusi cikgu depan tu yg dia duduk,(laporan dr abg dia)"tanya cikgu dia"cikgu kata takpa..irsyad istemewa...lega rasa...bila cikgu faham ..kita mama ayah tak rasa tertekan sgt..terima kasih buat cikgu2 p.khas sek keb.tmn kop.polis fasa 2 yg byk memahami wpun kekadang karenah ank kita menguji kesabaran.

Hayati Jafar Salam - Anak kak yati bersekolah di aliran perdana sampai habis Ting 5. Pernah ambil ujian penempatan utk pend khas, panel pend khas daerah cadangkan dia terus di aliran perdana kerana tiada pend khas yg sesuai untuk dia di Segamat.

Hayati Jafar Guru2 di aliran perdana memang tidak dilatih & tiada pengetahuan untuk bantu pelajar autsm. Ibu bapa lah yg terpaksa berikan kesedaran tentang kanak2 autism pd guru2 & pelajar sekolah anak kita. Boleh juga cuba minta bantuan unit pend khas PPD & bahagian Pend Khas JPN & KPM utk berurusan dgn pihak sekolah. JPN & KPM boleh daftarkan anak kita sebagai pelajar inklusif di sek terbabit. Kita boleh cuba minta mereka bantu berikan pendedahan tentang autism kpd guru2 sek.

Hayati Jafar Pemilihan sek yg sesuai adalah sgt penting utk pendidikan anak kita. Kalau sek tu tak mahu ambil berat & prihatin pd keperluan anak kita, rasanya kita perlu cari sekolah yg sudi. Mungkin pihak PPD boleh bantu beri cadangan, ataupun jumpa dengan jurulatih utama pend khas daerah.

Hayati Jafar Salmi Mat Razi tinggal di mana ya? Cuba post di wall Autisme Malaysia, mungkin ada diantara ahli (ibubapa & guru pend khas) yg boleh bantu

Nurasma Nawawi Kalau dia bleh follow di aliran perdana tak salah,cuma yg penting kefahaman pihak sekolah.Suggestion saya cuba cari sek yg mesra dgn pelajar autisme.Anak saya pun disuggest oleh doktor masuk ke aliran perdana.Kalau tak ok pun hanya ke kelas pemulihan khas biasa shj.

Nurasma Nawawi Selain itu kita ibubapa pun kena sama2 usahalah utk anak2.Mungkin kalau ada benda yg tak betul,kita slow talk dgn anak.Apa yg bleh dibuat & tak bleh dibuat semasa kat sekolah.Cari guru yg betul2 baik dgn anak.Biasanya budak2 autisme ni akan dgr ckp org yg betul2 baik dgn dia.Kalau org tu tak baik dgn dia,jgn hrp dia akan dgr ckp org tu.Jd cuba jelaskan keadaan anak pd guru sekolah terutama guru kelas.

Sumber: Kelab Anak Autisma (Facebook)

No comments:

Post a Comment