Saturday, May 5, 2012

Akulah BAPA dan GURU kepada anak2 istimewa

Di atas sokongan yang telah diberikan terhadap laman blog ini. Saya ingin memaklumkan bahawa saya juga adalah GURU kepada anak-anak istimewa (kelas pendidikan khas).

Sebelum  menjadi guru pendidikan khas, saya adalah guru di aliran perdana (kelas normal).

Setahun menjalani kursus di IPPM Melaka dalam bidang pendidikan khas dengan tujuan utama meningkatkan pengetahuan tentang autisma bagi mlengkapkan diri untuk mendidik anak autisma, Faqihah. Setelah tamat kursus, saya diARAHkan bertukar ke kelas pendidikan khas.

Bagi mengelakkan ilmu PUDAR ditelan zaman, saya memberi perkhidmatan Home Tuition. Mengajar Mathematics dan Additional Mathematics. Jumlah pelajar seramai 25 orang. Ilmu yang sedia ada tidak digunakan di kelas pendidikan khas kerana murid2 pendidikan khas hanya belajar perkara asas sahaja. Rugi rasanya, dengan 'kepakaran' yang ada tidak digunakan.

Atas kesedaran, perlu rasanya saya berkongsi pengalaman aktiviti2 kelas pendidikan khas pula setelah sekian lama berkongsi pengalaman maklumat tentang mendidik anak istimewa di laman ini. Moga pengetahuan dan pengalaman yang ada dapat dimanfaat bersama.

Daripada pemerhatian daripada laman facebook Kelab Anak Istimewa, kebanyakan ibubapa anak2 istimewa tidak dapat gambaran tentang aktiviti di kelas pendidikan khas.

Insya-Alah, dari masa ke semasa, saya akan postkan maklumat tentang kelas pendidikan khas dan aktiviti2 yang di laksanakan di kelas pendidikan khas di sekolahku.

Ucapan JUTAAN terima kasih di atas sokongan anda mengunjungi laman Anak Pak Yoep  Autisma.

No comments:

Post a Comment