Friday, May 11, 2012

Murid Berkeperluan Khas

Terdapat Murid Berkeperluan Khas dikategori sebagai murid Pendidikan Khas

Murid dengan keperluan khas adalah berbeza daripada murid biasa dari segi kebolehan mental, keupayaan fizikal, deria, tingkah laku sosial dan keupayaan emosi.

Murid dengan keperluan khas perlu dirujuk kepada pakar perubatan untuk menentukan sama ada mereka sesuai dihantar ke sekolah khas atau ke sekolah biasa.

Murid dengan keperluan khas digalakkan belajar di kelas biasa. Murid ini akan belajar bersama-sama dengan murid biasa, dalam persekitaran yang sama, kurikulum yang sama dan diajar oleh guru yang sama.

Suasana seperti ini akan membiasakan murid keperluan khas dengan keadaan dunia yang sebenar.

Walaupun guru yang mengajar murid ini adalah guru biasa yang tidak mempunyai latihan khas untuk mengendalikan mereka, guru atau pelaksana perlu tahu mengenai murid keperluan khas ini supaya mereka boleh membuat penyesuaian dari segi pengajaran dan pembelajaran yang perlu disediakan.

Untuk membantu guru biasa ini, adalah disarankan supaya setiap tadika yang ada murid keperluan khas mempunyai guru sokongan (support teacher) yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran asas tentang murid keperluan khas.


KATEGORI  MURID BERKEPERLUAN KHAS.

1. Murid yang bermasalah pembelajaran
2. Murid yang pintar cerdas


CIRI-CIRI MURID BERKEPERLUAN KHAS.

1. Masalah kelewatan penguasaan bahasa, komunikasi dan literasi
 - sukar memahami apa yang diperkatakan, pelat dan gagap

2. Masalah berkaitan dengan visual atau penglihatan
- Sukar melihat perbezaan dan persamaan saiz, bentuk,warna dan kedudukan objek
- Tidak boleh membentuk huruf atau menulis huruf secara terbalik
- Sukar mengingat sesuatu yang dilihatnya
- Mudah terganggu dan menukar tumpuan kerja
- Hiperaktif iaitu sentiasa bergerak, tidak boleh duduk diam dan selalu resah


CARA MEMBANTU MURID BERMASALAH PEMBELAJARAN

Setelah mengenal pasti murid yang bermasalah pembelajaran, guru dan pelaksana
tadika harus merancang strategi untuk memenuhi keperluan pembelajaran mereka.

Berikut adalah cadangan untuk membantu melaksanakan proses pengajaran dan
pembelajaran bagi memenuhi keperluan yang berbeza-beza.

Masalah komunikasi, bahasa dan literasi:
- Komunikasi bukan lisan seperti lambang dan isyarat
- Bahan visual dan bertulis/bercetak dalam pelbagai saiz dan format
- Bahan komunikasi teknologi maklumat dan bahan teknologi lain

Masalah  kefahaman melalui pengalaman sebenar (hands-on experience) dan deria:
-Bahan dan sumber yang murid gunakan melalui penglihatan, pendengaran, sentuhan dan bau
- Bahan komunikasi dan teknologi maklumat dan bahan teknologi lain

Masalah dalam aktiviti pembelajaran, aktiviti fizikal dan praktikal:
- Mempunyai sokongan dan bantuan daripada orang dewasa lain
- Menyesuaikan aktiviti dan persekitaran
- Mempunyai bahan dan peralatan khas
- Menghargai dan memuji usaha murid
- Membantu murid menghargai dan menghormati sumbangan sendiri dan orang lain
- Memberi peluang kepada mereka meningkatkan kemahiran dan pengetahuan

No comments:

Post a Comment