1. Kurangkan penyusuan. Setiap kali anak ingin menyusu, cuba alihkan
perhatian kepada perkara lain terlebih dahulu. Mungkin beri mainan, atau
bacakan buku atau apa sahaja yang boleh dia lakukan.
2. Jangan
tawarkan susu, tetapi jangan tolak jika dia mahu menyusu.
Kadang-kadang, ibu secara tidak sedar akan menawarkan susu. Hal ini
boleh dikawal kerana ia bergantung kepada
ibu terutamanya ibu yang berazam untuk menceraikan susu. Namun,
sekiranya anak meminta untuk menyusu, cuba lakukan langkah 1 dahulu, dan
jika tidak berjaya barulah boleh menyusukan anak itu.
3.
Kurangkan waktu penyusuan secara berperingkat. Mungkin anda boleh
mulakan dengan kurangkan penyusuan pada waktu siang. Sibukkan anak
dengan bermain supaya dia leka (langkah 1). Secara berperingkat,
lanjutkan pula kepada waktu malam. Anak pada usia 3 tahun sudah boleh
faham arahan dan penjelasan. Maka kita bolehlah jelaskan padanya
waktu-waktu yang dibenarkan untuk menyusu terus.
4. Pakai
pakaian yang sukar untuk menyusukan anak. Jika anda sering pakai nursing
bra, mungkin anda boleh mula menggunakan bra biasa.
5. Jika
ibu mempunyai ruangan menyusu di rumah, elakkan untuk duduk di tempat
itu. Contohnya, dirumah anda sering menyusu di satu kerusi/sofa
tertentu. Mungkin anda boleh beralih tempat duduk. Jika anda sering
menyusu ketika baring, kurangkan berbaring.
6. Cuba gunakan
teknik bercakap dengan anak pada waktu anak tidur. Apabila anak baru
lelap/tidur atau tidur-tidur ayam, anda boleh bisikkan di telinganya dan
beritahu perkara-perkara yang anda harap dia buat. Ia boleh juga
digunakan untuk anak-anak yang lain bagi perkara-perkara yang lain juga.
Biasanya perkara yang dibisikkan pada waktu ini akan kekal dalam
ingatan anak-anak.
7. Doa banyak-banyak dan mohon pada Allah
s.w.t. supaya dipermudahkan urusan menceraikan susu pada anak. Proses
penceraian susu bukannya mudah kerana ia berkait rapat dengan emosi dan
psikologi anak dan ibu. Ia perlu dilakukan dengan perlahan-lahan supaya
ia menjadi satu pengalaman dan proses yang aman kepada semua.
Catatan: Anak pak yoep Hadif dah hampir 3 tahun masih menyusu badan umminya sehinga kini (15 Mei 2012). Umminya nak berhentikan tak sampai hati. Sedang berusaha untuk berhenti menyusu.
1. Kurangkan penyusuan. Setiap kali anak ingin menyusu, cuba alihkan perhatian kepada perkara lain terlebih dahulu. Mungkin beri mainan, atau bacakan buku atau apa sahaja yang boleh dia lakukan.
2. Jangan tawarkan susu, tetapi jangan tolak jika dia mahu menyusu. Kadang-kadang, ibu secara tidak sedar akan menawarkan susu. Hal ini boleh dikawal kerana ia bergantung kepada ibu terutamanya ibu yang berazam untuk menceraikan susu. Namun, sekiranya anak meminta untuk menyusu, cuba lakukan langkah 1 dahulu, dan jika tidak berjaya barulah boleh menyusukan anak itu.
3. Kurangkan waktu penyusuan secara berperingkat. Mungkin anda boleh mulakan dengan kurangkan penyusuan pada waktu siang. Sibukkan anak dengan bermain supaya dia leka (langkah 1). Secara berperingkat, lanjutkan pula kepada waktu malam. Anak pada usia 3 tahun sudah boleh faham arahan dan penjelasan. Maka kita bolehlah jelaskan padanya waktu-waktu yang dibenarkan untuk menyusu terus.
4. Pakai pakaian yang sukar untuk menyusukan anak. Jika anda sering pakai nursing bra, mungkin anda boleh mula menggunakan bra biasa.
5. Jika ibu mempunyai ruangan menyusu di rumah, elakkan untuk duduk di tempat itu. Contohnya, dirumah anda sering menyusu di satu kerusi/sofa tertentu. Mungkin anda boleh beralih tempat duduk. Jika anda sering menyusu ketika baring, kurangkan berbaring.
6. Cuba gunakan teknik bercakap dengan anak pada waktu anak tidur. Apabila anak baru lelap/tidur atau tidur-tidur ayam, anda boleh bisikkan di telinganya dan beritahu perkara-perkara yang anda harap dia buat. Ia boleh juga digunakan untuk anak-anak yang lain bagi perkara-perkara yang lain juga. Biasanya perkara yang dibisikkan pada waktu ini akan kekal dalam ingatan anak-anak.
7. Doa banyak-banyak dan mohon pada Allah s.w.t. supaya dipermudahkan urusan menceraikan susu pada anak. Proses penceraian susu bukannya mudah kerana ia berkait rapat dengan emosi dan psikologi anak dan ibu. Ia perlu dilakukan dengan perlahan-lahan supaya ia menjadi satu pengalaman dan proses yang aman kepada semua.
Catatan: Anak pak yoep Hadif dah hampir 3 tahun masih menyusu badan umminya sehinga kini (15 Mei 2012). Umminya nak berhentikan tak sampai hati. Sedang berusaha untuk berhenti menyusu.
No comments:
Post a Comment