Saturday, May 12, 2012

Olahraga Pendidikan Khas Kinta Utara

Kejohanan Olahraga Kinta Utara 2009


Tarikh: 7 Mei 2012 (Isnin)
Masa:  8.00 pagi - 2.00 ptg
Tempat: SK Pendidikan Khas

Kelas pendidikan khas Pak Yoep telah menyertai Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas peringkat Kinta Utara 2012 anjuran PPD Kinta Utara. Acara yang disertai sebanyak 7 acara yang dipertandingkan iaitu 100m, 200m, 1500m, lontar peluru, rejam lembing, lompat jauh dan lompat tinggi. Pencapaian dalam kejohanan tersebut ialah 5 Emas 2 Gangsa:

100m - Wan Muhd Arif (Emas)
200m - Muhd Azril (Emas)
1500m - Tiada pingat
Lontar Peluru - Ahmad Nawawi (Emas) danNur Safuan Erfan (Gangsa)
Rejam Lembing - Thulasi Babu (Gangsa)
Lompat Jauh - Wan Muhd Arif (Emas)
Lompat Tinggi - Muhd Nur Fitri (Emas)


Kejohanan yang sama telah dipertandingkan pada 2009 dimana Kelas Pendidikan Khas Pak Yoep telah berjaya menjadi Juara Keseluruhan dengan memperolehi 12 Emas 2 Perak 1 Gangsa disamping seorang perserta telah dipilih sebagai Olahragawan Terbaik (Virmal Kumar).

Walaupun kami tiada murid perempuan, kami mampu menjadi Johan Keseluruhan. Sekolah Pak Yoep adalah sekolah yang terdiri daripada murid lelaki sahaja.

Pencapaian 2009  adalah yang terbaik kelas pendidikan Pak Yoep sepanjang penyertaan mereka diperingkat daerah dimana Pak Yoep telah bertindak sebagai Jurulatih Olahraga. Empat peserta  telah dipilih mewakili Perak ke kejohanan peringkat kebangsaan.

Manakala 2012, tiada juara diistiharkan kerana kejohanan bertujuan pemilihan peserta untuk peringkat negeri sahaja. Tiada  kejohanan olahraga Kinta Utara pada 2011.

Selain daripada menyertai kejohanan yang disertai oleh murid pendidikan khas. Atas cadangan Pak Yoep. Kelas pendidikan Khas Pak Yoep turut menyertai kejohanan olahraga peringkat sekolah sejak 2010 di mana mereka bersaing dengan pelajar normal dalam semua acara yang dipertandingkan.

Walaupun tidak mampu bersaing di atas tahap keupayaan yang terhad, Kelas Pendidikan Khas Pak Yoep berjaya juga memperolehi pingat iaitu:

2010: 2 Emas 2 Perak 1 Gangsa dan Merentas Desa (Tiada)
2011: 2 Emas 1 Perak 1 Gangsa, Merentas Desa (Tempat ke-3) dan Tarik Tali (Tempat ke-3)
2012: Olahraga (Belum dipertandingkan) dan Merentas Desa (Tempat Pertama dan ke-3)

Penglibatan murid pendidikan khas di aliran perdana (Normal) perlu dilakukan agar mereka tidak terpinggir. Murid2 pendidikan khas akan dapat merasakan diri mereka adalah sebahagian daripada warga sekolah. Mereka juga akan turut berbangga dengan pencapaian rakan-rakan mereka yang berjaya menyaingi murid2 normal.


No comments:

Post a Comment