Monday, September 30, 2019

SEIC - Mengapai Puncak Putrajaya 2

Image may contain: 3 people, including Daniy Anne, people standing
Sambung cerita semalam. Terhenti sebab tengok siaran langsung bola. Piala Malaysia separuh akhir Perak lawan Selangor. Sedih. Perak kalah. Macam team bercerita pak yoep yang berpotensi untuk menjadi juara. Diperakui oleh Ketua Hakim Pertandingan tapi dah tiada rezeki. Allah penentu segalanya. Segala persiapan telah dilakukan dengan baik... malah dah terbaik.

Sambung kat mana ya...

Peringkat daerah dan negeri segala-galanya berjalan lancar. Tiada dugaan dan cabaran yang melanda. Peringkat daerah pak yoep tidak turut serta sebab ada komitmen di sekolah. Peringkat daerah hadir beri sokongan.


Peringkat kebangsaan, serahkan diri untuk turut serta. Kelulusan masih belum diperolehi walaupun pertandingan sehari akan bermula. Segalanya berjalan lancar sehingga pada saat akhir. Sesuatu yang tidak dijangka telah berlaku.

Maaf... bersambung lagi.

Pak Yoep ada kerja nak buat. 

Persiapan bahan mesyuarat esok... Sorry ya.

No comments:

Post a Comment