Sunday, April 22, 2012

WALK FOR AUTISM

Assalamualaikum...

Surat daripada Persatuan Kanner Melaka (dahulunya dikenali sebagai Persatuan Autisme Melaka Tengah), seperti yang dilampirkan dirujuk.

Bersempena dengan Bulan Kesedaran Autisme Sedunia, Persatuan Kanner Melaka akan menganjurkan ‘WALK FOR AUTISM’ dengan tema “SPECIAL LOVE FOR SPECIAL YOU” dan aktiviti jualan amal.

‘WALK FOR AUTISM’ yang dianjurkan buat kali 3 oleh Persatuan, bermatlamat untuk meningkatkan kesedaran di kalangan ahli masyarakat terhadap autisme atau gangguan yang berkaitan (ADD, ADHD, ASPERGER dan lain-lain) dan penerimaan kanak-kanak autistik sebagai sebahagian masyarakat kita.

Persatuan menjangkakan 1000 peserta akan mengambil bahagian dalam acara ini.

Jualan amal yang bakal diadakan adalah bertujuan untuk mengumpul dana bagi Persatuan untuk menubuhkan bilik deria / integrasi pelbagai deria dan untuk menampung kos operasi sekolah.

Persatuan benar-benar menghargai sumbangan dalam bentuk komoditi atau wang tunai dari firma / individu. Semua derma dari RM500 dan ke atas akan menjadi tetamu khas untuk sama-sama merasmikan ‘WALK FOR AUTISM’ dengan tetamu VVIP kami.

Kami amat berterima kasih atas sokongan anda dalam membuat acara ini lebih bermakna dan berjaya.

Sekian, terima kasih.

Sumber: Adralaila Adi Nasri


Surat berkaitan.

No comments:

Post a Comment