Monday, April 16, 2012

Apa itu Autisme 3 ?

Perbincangan yang masih HANGAT di Laman Kelab Anak Autisma

APA PANDANGAN ANDA?

"td dapat msg dr seorang sahabat (ustaz Jqaf pendidikan khas) sekadar untuk dikongsi ..tp sumenye kuasa Tuhan "ape PUNCA autisme? buat tatapan kwn2 yg tgh mengandung, menurut kajian pakar antara punca AUTISME adalah kerana ibu yg mengandung byk melihat perkara2 yg negatif spt byk menonton TV. perkara negatif ini adalah perkara2 yang tidak dibenarkan/dibuat oleh agama. Apabila si ibu melihat perkara2 negatif ini, anak yg didalam kandungan tidak blh menerima perkara2 negatif tersebut kerana anak2 ini sgt bersih nalurinya. apabila anak ini menolak ape yg di tonton oleh ibunya, anak ini akan create/wujudkan dunianya sendiri... tu yg bila anak ni lahir, dia berada di alamnya sendiri.. amat sukar utk berkomunikasi n berinteraksi dengan nya.. ni yg dpt di kongsi, pensyarah yg sampaikan minggu lepas.. AGAMA itu nasihat, Islam itu indah dan mudah.... lastly.. Membangun Bersama ISLAM.." sumber PENJAGA AUTISMA
1 · ·
  • 12 people like this.

    • Liyana Misron kalau anak yg dilahirkan itu normal sekalipun, anak itu akan membesar dlm dunia nya sendiri sekiranya ibu tak nak berubah... maka akan terjadilah anak yang memberontak, anak yang nakal, anak yang bermasalah kerana mereka merasakan xde sape paham dorg... berada di dunia yang diciptakan oleh orang yg cemburu kepada islam, kerana anak2 lah yang akan mewarisi islam tu suatu hari nanti...
    • Jalijah Awang Kenit
      bg saya ..cukup2lah salah kn ibu2 kanak2 istimewa ni!!saya sangat2 tak stuju!! tak ada mak nak anknya dlahairkan tak normal.masa mengandung mcm2 dugaan, yg ibu mengandung jer paham.sakitnyer tuhan tahu.. beranak lagi.. cuba pikir secara meluas.dulu salahkan keturunanlah.darahlah,keadaanlah situasi.dn mcm2 lg.. sampai tahap ada yg tanya apa sejarah silam ko dulu sampai dapat anak mcm ni.. mengalir air mata bila dajukan soalan2 bodoh mcm ni!! aku cuba trima takdir yg ALLAH da tentukan!! kenapa tidak org sekeliling.. dalah pandang ank kita mcm anak ni, bw penyakit bejangkit.skrng nak org keliling tengok mak kanak2 istimewa macam punca segala penyakit.. sudah2lah tu!!!
    • Samsul Muariff Saroni bagi ibu2 yg sedang mengandung mmg tak terasa hati bila dgr statement ni....tapi bagi ibu2 yg telah bersusah payah melahirkan anak syurga mmg terguris hatinya...apatah lagi mereka yg telah berusaha menjaga kandungannya dr perkara2 yg dimurkaiNYa....tidak adil rasanya statement yg sedemikian.....sepatutnya kita lebih memotivasi mereka supaya tidak berburuk sangka terhadap Allah subhanahuwataalla...
    • Jalijah Awang Kenit
      anak sy da6 dn 4thn..setiap thn sy tanyakn KENAPA pada diri sendiri..dalam hati tuhan saje tahu.. bila suami cakap,terima saja ketentuan tuhan dan kita usahakn apa yg termampu untuk membantu anak2ni..dgn segala usaha dan hasinya,sangat2 menenagkn hati..berkat kesabaran dan bantuan kluarga yg memahami.. bila statement diatas dikluarkan rasa sebak sangat2..dan gerampn ada.takyah nak salahkan ibu2kanak istimewa ni lagi.. pikir dulu sebelum cakap!!
    • Jalijah Awang Kenit Statement kat atas akan memburukkn lg keadaan.. bila ada orng yg takpahm baca,mereka akn mula mmandang serong pd ibu knk2 istemewa ni. kalau nak bg apa2 kenyataan pikir dulu akan akibatnya..
    • Ppki Smk Seri Tasik assalamualaikum... maaf saudara (ustaz Jqaf p.khas) sumber ini anda rujuk dr mana? pensyarah mana yg memeberi sumber ini kepada anda? setahu sy pakar pediatrik pn tidak dapat mengesan lagi punca ibu megandungkan anak autisme ini..wasalam. sila nyatakan sumber rujukan tuan dapat dari artikal atau rujukan drp mana?
    • Jalijah Awang Kenit Eemmmm...ade jugak org LIKE kenyataan datas!!!
    • Akma Suhaimi tolonglah jgn tambahkan lagi tekanan pd kami ibubapa yg ada ank2 autisme....24 jam 360 hari hidup kami memikirkn masa dpn mereka...cabarn n halangan sentiasa je kami tempuh... Jgn la menghukum tapi berilah sokongan
    • Nazri B. Isnin Punca autisma yang sebenarnya adalah dari Allah SWT yang memilih keluarga siapa, atau mana yang boleh menerima ujian. Dia Allah tidak akan melettakkan pada yang salah atau hentam, sebab Allah beri sesuatu keran dia nak beri sesuatu.... kajian yang diatas nih sebagai hujah saja tapi tak kuat.... kalau saya kata keturunan saya takder ok tapi tetiba ada amacam plak.... jadi itu sebagai sandaran...
    • Jalijah Awang Kenit
      ibu2 yg mngandungkan,membesarkan dan melayan plbagai kerenah unik kanak2 istemwa ni saja tau sebesar mana ujian Allah itu. bila dapat anugerah yg istmwa ini kami trima dgn pasrah..airmatalh ubat penenang jiwa.kadang2 da tak tau nak luahkn ...See More
    • Jalijah Awang Kenit saya trbayangkan bila anak2 sy da besar,dn tanyakn soalan..MAMA KENAPA SAYA LAIN?? dan bila dia trbaca stetment diatas, apa akn belaku?? adakah kami akan dihukum sampai bila2..kami dhukum datas kesalahan yg tak ujud!!dan, tak lojik langsung!!.. cubalah pikir secara meluas..pikir macam orng bpelajaran setimpal dgn pangkat yg anugerahkan!!
    • Syahrulikram Mohd Yasin Err..kajian pakar? Siapa pakar tu, kajian apa yg dia buat? Method kajannya? Jurnal mana? ..hmmm.. Rasanya x penah pun dgr.. Spatutnyankenyataan ni perlu d semak dahulu kesahihannya sblum d post! Sbb ianya sgt menyakitkan hati ramai orang....
    • Akma Suhaimi ‎"MAMA , KENAPA SAYA LAIN ?.......ustz Jqaf pendidikan khas tadi , bole x tolong jawabkan untuk anak2 kami!!!!!
    • Akma Suhaimi sangat2 menyakitkan hati!!!
    • Jalijah Awang Kenit
      tulah,dia tuduh kite tgk perkara2 yg dtegah agama..apa yg dmaksudkn?? tgk citer lucah?? pandai2 nk menilai org... tuduhan dia macm nak membunuh.. sepatutnya bglah galakkn atau rawatn yg membantu..ini memburukkn lagi keadaan..dia tk rase,ape yg kite rase.. samelah dgn org2 yg LIKE hujah datas.. kesianpn ada.. deorng tak paham ape yg deorng baca..org2 mcm ni lah yg selalu bg hukuman tanpe menyiasat dgn teliti.. mudah2 ALLAH bukak mate mereka2 yg bekenaan...
    • Suraya Tahir
      Tak pernah dengar or baca lagi kajian pakar ni....rasanya kalau pensyarah tu sendiri ada anak autisma, dia akan buat kajian yg lebih adil & mendalam. Kenyataan macam ni kena disokong dgn sumber rujukan. Ni pensyarah mana menyesatkan anak murid ni.... buat malu kaum pensyarah jer...:) Secara logiknya.... ada ramai anak luar nikah, anak yg hidup dlm rumah penuh maksiat, anak yg kena dera, etc, etc...tapi tak pulak kena autisma.... cuba jawab...
    • Ayuti Iyoko Onanoko jgn meletakkan hukum pada sesuatu yng tidak ada bukti yg kukuh. Yg pasti ingatlah Allah berfirman dalm Al-Quran dalam surah al-Araf ayat 144yang bermaksud Terimalah semua yang telah Allah berikan kepadamu dan jadilah kamu termasuk orang-orang yang bersyukur."
    • Zam Zarina Assalamualaikum....Kpd saudara ( Ustaz JQaf) , bersyukurlah kerana Allah tak duga anda dgn anak sebegini (andai dah berkahwin) , andai belum berkahwin...Buat la solat sunat Taubat n solat hajat bebanyak minta agar tidak dikurniakan anak 'ISTIMEWA' seperti kami...
    • Nadiah Ridzuan
      minta supaya ustaz tersebut menyatakan dari mana beliau dapatkan maklumat tersebut, supaya dapat kenal pasti sama ada fakta tersebut boleh diterima pakai atau tidak,kerana tidak semua fakta yang dikeluarkan researchers are reliable,some of them contradicted with sciences and Islam itself, get the full version of the fact and later on let the expertises decide. :). tapi perlu di ingatkan bahawa Allah tidak menguji hambanya dengan sesuatu yang tidak mampu ditanggung oleh hamba-Nya.. setiap sesuatu telah ditetapkan oleh Allah..insyaAllah besar ganjarannya di sisi Allah para ibu sekalian.
    • Jalijah Awang Kenit wahai pensyarah /ustaz yg bijak pandai,tolong betulkan balik stetment awak tu..mintak maaf dan betaubatlah kpd ALLAH..yg pastinya ramai hati2 yg terguris dgn kajian awak tu. sangat2 menyakitkan.!!!
    • Yuspiza Tajudin
      ustaz mane yg buat stetment ni?ibu2 mengandung yg mcmne diselidiki ni?masa sya mengandungkn Alif Danial,bukan sya je yg menjaga kandungan itu tapi seluruh keluarga kerana kakak2 semua dh besar2 dan mengharapkan mendapat adik lagi. suami sya siap belikan dvd al-Quran 30 juz untuk sya dengar setiap pagi semasa ank2 yg lain ke skola.tidak ade sebarang tekanan untuk sya,kerana semua menanti kelahirian bayi ini yg dikatakan oleh tuan doctor mungkin lelaki.(sya dh ade 3 ank perempuan)ape salah lagi cara kami org perempuan menjaga kandungan kami?org bodoh aje yg akan buat benda2 x berfaedah masa mengandung.fikir skit jgn asyik salahkn org perempuan.kaum bapa macamne pulak?dh diselidik?dh Allah nk kurniakan pada kami anak istimewa terima ajelah....sya amat bsyukur..biar pun danial bergitu tapi dialah jantung hati kami sekeluarga...

No comments:

Post a Comment