Friday, April 20, 2012

Adik-beradik Faqihah


NOOR FAKHIRA IZZAH IZZATI (KakLong)


Setiap hari sibuk dengan kerja sekolah sehingga tidak dapat membantu membuat kerja-kerja rumah. Isnin, Rabu dan Jumaat malam,tuisyen di Pusat Tuisyen Naluri. Pencapaian akademik dlm ujian 1 ialah 3A2B. Kurang mesra dengan adik-beradik. Tidak rajin membuat kerja rumah. Mempunyai sikap baran. Ketinggian melebihi tinggi umminya. Sekarang, setiap malam tidur di rumah opahnya kerana opah ketakutan selepas rumahnya di masuki pencuri semasa ketiadaannya. Pandai mengurus wang, baki belanja sekolah di simpan dalam tabung.

MUHAMAD HAZIQ FIQRI (AbangCik)

Lagi sibuk. Setiap petang pergi sekolah agama sampai jam 5.45 ptg.Habis sekolah agama, pergi rumah opah...main. Malam pergi tuisyen dan mengaji Iqra kecuali mlm Khamis. Sangat aktif. Rajin membantu kerja rumah. Rapat dengan adiknya, Hadif. Perihatin dengan kakaknya autisma, Faqihah. Selalu gaduh dengan kak longnya, Fakhira. Pandai mengurus wang, baki belanja sekolah di simpan. Keputusan akademik memberangsangkan selepas pandai membaca. Daripada kedudukan no 21 dalam kelas, kini menduduki no 1 (pertama). Guru-gurunya terperanjat dengan prestasi Haziq terkini.

HADIF ZIQRI

Sangat aktif. Segala-galanya cepat. Berjalan, bercakap.Masih berada di taska Bestari Ria. Rajin membantu kerja rumah. Masih menyusu badan walaupun umurnya hampir 3 tahun. Tidak suka makan nasi. Lebih suka makan biskut-biskut. Minat membaca, setiap malam WAJIB membaca buku dengan umminya. Amat rapat dengan Abang Ciknya.



No comments:

Post a Comment