Tuesday, April 3, 2012

'Bukan salah ibu mengandung'


Tiada kaitan dengan ibu mengandung, cuma kiasan sahaja.

Pagi tadi aku didatangi oleh ibu kepada seorang murid istimewa yang menyatakan masalah anaknya gagal dalam mata pelajaran matematik dalam ujian 1 yang telah dilaksanakan pada bulan Mac lepas. Semua mata pelajarannya berjaya mendapat keputusan cemerlang iaitu gred B dan A. Tiada gred kurang drp gred B. Murid tersebut telah diinklusifkan mulai Feb 2012. Kini berada dalam tingkatan 1.

Murid tersebut memang minat belajar. Ibunya memaklumkan dia belajar sehingga lewat malam, kadang2 mencecah pukul 3 pg baru tidur. Dia berazam ingin mencapai keputusan yang cemerlang setelah diinklusifkan. Kini telah dibuktikan. Cuma, matematik sahaja yang gagal sedangkan dia minat matematik sejak dari kecil. Aku juga pernah seketika mengajarnya semasa dia berada di kelas pendidikan khas. Memang dia pandai dalam matematik. Mengapa dia gagal?

Sebab2nya ialah:
1.
2.
3.

Sebab2 akan dinyatakan nanti,

Sebelum ini aku ingin sangat hendak mengetahui keputusan matematik Sekiranya keputusannya tidak elok, aku berhasrat untuk membantunya. Kebetulan, hari ini ibunya datang minta pandangan guru2 pendidikan khas.

Lama berbual dengan ibunya. Dia minta aku tolong ajarkan anaknya. Minta aku nyatakan bayaran yang bakal dikenakan. Aku sanggup membantu tapi tak mahu menerima sebarang bayaran atas pertolongan tersebut.

Malangnya dah tiada ruang waktu untuk aku membantunya. Jumaat, Sabtu dan Ahad, sibuk dgn PQC Home Tuition. Petang hari2 biasa..menjaga anak istimewaku, Faqihah di rumah. Malam hari biasa...tumpuan pendidikan anak2ku.

Sedang memikirkan cara yang boleh dilakukan untuk membantu murid tersebut. Sekiranya dia dibantu, dia mampu cemerlang dalam semua subjek dalam PMR nanti. Insya-Allah akan memperolehi 8A, tidak mustahil. Tercipta sejarah di Perak nanti, murid istimewa memperolehi 9A dalam PMR.

No comments:

Post a Comment